Harian Metro

Raikan kepelbagai­an firqah

-

Benarkah hanya satu jemaah sahaja yang akan selamat? Berdasarka­n satu hadis yang bermaksud: “Umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, yang selamat satu saja, yang bakinya binasa. Baginda ditanya: Siapakah yang selamat? Baginda bersabda: Ahli al-Sunnah Wal-Jamaah. Baginda ditanya: Apa itu al-Jamaah? Baginda bersabda: “Ia adalah golongan yang mengikuti jejakku dan jejak sahabatku.” (Riwayat Tirmizi)

Bagi yang berpandang­an sempit menganggap hanya jemaah mereka saja selamat manakala ada pendapat lain berpandang­an ramai jemaah yang selamat selama mereka mengikut Rasulullah SAW dan kerana mereka Ahli al-Sunnah Wal-Jamaah.

Syeikh Abdul Halim Mahmud (1910-1978), mantan Syeikh al-Azhar (1973-1978) menyatakan dalam bukunya al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, hadis yang berbicara mengenai jemaah umat Nabi Muhammad SAW itu tidak diriwayatk­an Imam Bukhari dan Muslim yang diakui ketelitian mereka menilai riwayat hadis.

Ini bererti hadis itu belum tentu sahih kerana ada riwayat lain yang bermaksud: “Akan ada kumpulan-kumpulan umatku hingga mencapai tujuh puluh lebih kumpulan. Semuanya masuk syurga kecuali satu kumpulan. Hadis itu diriwayatk­an oleh Ibn al-Najjar dan dinilai sahih oleh al-Hakim.

Selanjutny­a, dalam riwayat al-Dailami ada hadis yang menyebut, “Yang binasa daripada kumpulan-kumpulan itu hanya satu.”

Pada pandangan sebahagian ulama, riwayat itu lebih sesuai ditonjolka­n hari ini kerana banyak sekali jemaah umat Islam.

Pandangan itu bukanlah mempertika­ikan kesahihan hadis pertama, namun pandangan hadis kedua memberi ruang keterbukaa­n kepada kepelbagai­an jemaah selagi tertakluk dalam akidah Islamiah.

Penelitian menerusi media sosial dan media massa, ada yang memperbesa­rkan perkara kecil manakala isu besar diperkecil­kan dan tuduhan dilemparka­n tanpa dikemukaka­n sebarang bukti sehingga menimbulka­n kekeliruan dalam kalangan masyarakat awam.

Persoalan zikir selepas solat, talkin di kubur, bacaan surah Yasin beramai-ramai pada malam Jumaat, solat Tarawih lapan atau 20 rakaat serta persoalan selawat antara solat

Tarawih dan seumpamany­a.

Perbezaan pandangan dalam isu seumpama itu dibincangk­an sejak dahulu lagi namun kembali menjadi topik perbalahan sesama kita pada hari ini.

Situasi itu membuatkan umat Islam hilang fokus terhadap isu sebenar yang harus dibincangk­an. Kita perlu memahami apa itu fiqh aulawiyyat iaitu perkara keutamaan berbanding isu remeh.

Jika mendalami ilmu agama, ada membincang­kan mengenai al-Firaq al-Islamiyyah iaitu golongan yang masih

 Islam terima keterbukaa­n, cari penyelesai­an untuk kebaikan Dan janganlah kamu menjadi serupa dengan yang berpecah dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang yang mendapat seksa yang berat”

Surah al-Imran, ayat 105)

dalam lingkungan mazhab Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi serupa dengan yang berpecah dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang yang mendapat seksa yang berat. (Surah al-Imran, ayat 105)

Golongan agama khususnya tidak wajar bertelingk­ah sesama sendiri atau berlumbalu­mba menjadi ‘juara’ mengeluark­an idea masing-masing dan perlu menerima perbezaan pendapat antara satu sama lain sedangkan perkara itu hanya khilafiyah (perbezaan pandangan).

Kita perlu lebih senang mengatakan jemaah Islam ini semuanya betul. Meskipun pelbagai kumpulan, namun membawa kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap Islam dan Rasulullah SAW.

Semua pihak tidak perlu mengungkit ciri-ciri kebenaran dan kebatilan sesuatu kumpulan atau menghukum siapa benar dan siapa salah.

Jika orang kafir dimasukkan ke neraka, ia wajar kerana kekafiran mereka. Sementara jemaah dalam Islam, semuanya terdiri daripada individu yang mengesakan Allah SWT, mencintai Rasulullah SAW dan sekurangku­rangnya paling minimum mengucap dua kalimah syahadah.

Pengucapan itu sudah cukup untuk masuk syurga seperti diriwayatk­an Bukhari dan Muslim, sesiapa mengucap kalimah tauhid, nescaya masuk syurga.

Atas pertimbang­an itu, semua umat Islam masuk syurga. Hanya jalan kemasukan berbeza antara satu sama lain.

Sesetengah masuk syurga tanpa hisab, sesetengah­nya pula melalui hisab, melalui syafaat nabi-nabi, malaikat dan rakan-rakan yang baik, bahkan ada yang masuk syurga dengan rahmat dan keampunan Allah SWT dan yang terakhir sekali ada yang masuk syurga selepas sekian lama diazab.

Perpecahan dalam masyarakat Islam timbul kerana tidak meraikan kepelbagai­an firqah atau kumpulan jemaah umat Islam.

Semua pihak seharusnya meraikan keterbukaa­n berorganis­asi dalam kepelbagai­an jemaah umat Islam, sekali gus membawa manhaj perpaduan dan kesederhan­aan.

Umat Islam perlu bijak menghadapi pelbagai pihak sama ada parti politik, mazhab akidah, mazhab fiqh, golongan ekstrem mahupun golongan liberal.

Al-Quran dan al-Sunnah perlu dilihat lebih luas daripada mazhab dan golongan berkenaan. Islam menerima keterbukaa­n dan kebaikan serta mencari penyelesai­an untuk kebaikan bersama.

Setiap individu perlu merujuk kepada pihak yang berkuasa dan menyaring perkara yang bertentang­an dengan prinsip Islam dan nilai murni dalam kehidupan.

Penulis ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia