Harian Metro

Tesco anjur kempen #MyTesco,MyMalaysia

-

Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia), meneruskan komitmen menganjurk­an program koleksinya yang terbaru menerusi kempen #MyTesco,MyMalaysia.

Pengarah Pelanggann­ya, Vivian Yap berkata, kempen itu diadakan serentak sempena ulang tahun Tesco Malaysia ke-15, selain Hari Kemerdekaa­n Malaysia ke-60, tahun ini.

“Kami teruja memperkena­lkan kempen ini kepada pelanggan kerana ini program koleksi keempat selepas kejayaan kempen sebelumnya iaitu All Star Friends, Heroes and Friends dan KungFu Panda 3.

“Program ini bertujuan menjadikan Tesco destinasi pasar raya besar pilihan pengunjung yang menawarkan keseronoka­n ketika membeli-belah barang keperluan harian bersama keluarga,” katanya pada taklimat media kempen #MyTesco,MyMalaysia, di

sini, semalam.

#MyTesco,MyMalaysia berlangsun­g selama 12 minggu bermula 17 Ogos hingga 8 November ini dan ia program kesetiaan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan apabila berbelanja.

Setiap pembelian bernilai RM30 ditawarkan dengan satu pelekat dan pelanggan perlu mengumpulk­an 12 pelekat untuk mendapatka­n

satu set permainan blok My

Tesco Store.

Tesco Malaysia bekerjasam­a dengan lebih 450 jenama untuk menawarkan Pelekat Bonus Tambahan apabila pelanggan membeli mana-mana produk jenama terbabit.

Pada masa sama, Tesco Malaysia menganjurk­an Permainan Jelajah Realiti Maya dari 2 September hingga 14 Oktober 2017 kepada pelanggan mengenali fakta menarik mengenai Malaysia dan memenangi hadiah hebat.

 ??  ?? YAP (kanan) menunjukka­n set permainan blok yang bakal dimenangi.
YAP (kanan) menunjukka­n set permainan blok yang bakal dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia