Harian Metro

Firefly Travel Protection, Firefly Holiday bantu capai 1.5 juta penumpang

-

FlyFirefly Sdn Bhd (Firefly), syarikat penerbanga­n jarak dekat premium optimis pengenalan dua produk baru iaitu Firefly Travel Protection dan Firefly Holiday akan membantu dalam mencapai sasaran jumlah penumpang seramai 1.5 juta menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, sehingga kini pihaknya membawa seramai 800,000 penumpang dalam tempoh tujuh bulan lalu dan mereka kini berada dalam landasan tepat untuk mencapai jumlah terbabit.

“Kami percaya sasaran ini boleh dicapai kerana kedua-dua produk ini memberi kemudahan lebih baik dan akan menarik lebih ramai penumpang pada masa depan,” katanya pada sesi sarapan Firefly bersama media, semalam.

Sempena majlis itu, Firefly memperkena­lkan Firefly Travel Protection dengan kerjasama AIG Travel Insurance di mana ia memberi pelindunga­n kepada penumpang daripada risiko perjalanan seperti kecurian bagasi, liputan pembatalan (atas sebab kesihatan tidak dijangka) dan kos perubatan tidak dijangka di luar negara.

Beliau berkata, pengenalan produk yang akan disertakan dalam tiket perjalanan secara percuma itu akan memberi perlindung­an insurans lima kali ganda bagi semua aspek termasuk kerosakan bagasi, kehilangan dokumen perjalanan dan penangguha­n penerbanga­n.

Penumpang dilindungi secara percuma sehingga RM15,000 bagi perbelanja­an perubatan dan RM1,000 bagi pembatalan perjalanan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia