Harian Metro

RAMUAN SEKAT MYANMAR

- Aziman Rosdi, Firdaus Hashim dan Zulfaizan Mansor sukan@hmetro.com.my

 Kim Swee sedia rombak pasukan, pertaruh barisan terbaik hadapi saingan getir Kumpulan A

Kuala Lumpur dan penyerang N Thanabalan mengubah situasi dengan kedua-dua pemain menyumbat gol pada separuh kedua bagi memastikan kemenangan 2-1.

Menurut pengendali kelahiran Melaka itu, beliau ada sebab untuk melakukan rombakan dalam kesebelasa­n utama kelmarin.

“Anda tahu enam pemain yang saya turunkan itu? Mereka juga pemain berkualiti. Sebab itu saya tidak gunakan Nor Azam adalah kerana dia bermain dalam banyak perlawanan bersama pasukannya (Pahang) sebelum ini, cuba lihat minit keseluruha­n dia beraksi.

“Thanabalan pula baru pulih daripada kecederaan (lutut kanan), saya tidak boleh mengambil risiko kehilangan pemain terbaik itu kerana selepas ini kita akan menentang Myanmar dan Laos,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan kelmarin.

Tiga mata yang diraih ke atas Singapura dalam perlawanan itu meletakkan Malaysia di tangga kedua kumpulan, berkongsi mata dengan Myanmar - enam mata dengan lawan memiliki kelebihan jaringan.

Menurut Kim Swee selepas dua perlawanan, beliau sudah mendapat gambaran lebih jelas kekuatan pasukannya dan tanpa kecederaan pemain ketika ini, tiada masalah untuknya menurunkan barisan terbaik menentang Myanmar yang juga naib juara di Singapura.

Beliau berkata, rombakan yang sukar dijangka dalam kesebelasa­n utama, akan mampu menyukarka­n Myanmar membaca kekuatan sebenar Malaysia.

“Pada separuh masa kedua permainan (dengan Singapura), ia menunjukka­n kekuatan sebenar pasukan kita dan saya percaya pemain boleh terus meningkat selepas ini.

“Saya memiliki pilihan pemain lebih baik berbanding di Bangkok (kelayakan Kejohanan AFC B-23) dan pastinya saya mahu menurunkan barisan terbaik setiap perlawanan.

“Pemain pula perlu merebut tempat kerana saya mungkin akan menggunaka­n jentera serangan berbeza,” kata bekas pengendali kebangsaan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia