Harian Metro

Kekasih menghilang pada hari pernikahan

-

Selepas sekian lama bergelar solo, artis wanita ini akhirnya menemui pengganti untuk mengisi kekosongan hatinya.

Walaupun hubungan mereka berdepan pelbagai ujian, artis wanita itu dan kekasihnya berjaya mengharung­inya.

Kata rakan SS, dia memang susah untuk menerima cinta baru, tetapi kehadiran lelaki itu berjaya membuka semula pintu hatinya yang selama ini terkunci rapat.

Namun, kata rakan SS, hubungan artis wanita itu dengan kekasihnya itu tidak direstui keluarga kerana khabarnya lelaki terbabit sudah berkeluarg­a.

Demi cinta sejati pada kekasihnya itu, artis wanita itu memberitah­u rakan

SS, dia sanggup hidup bermadu.

Bagaimanap­un, impian artis wanita itu untuk berkahwin dengan kekasihnya tidak kesampaian kerana pada hari sepatutnya mereka bernikah, lelaki berkenaan menghilang­kan diri.

Kata rakan SS, artis wanita itu juga kini hidup merana selepas ditinggalk­an begitu saja oleh kekasihnya itu.

Bagi SS pula, semoga artis wanita itu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kerana setiap kejadian dalam hidup kita pasti ada hikmah di sebaliknya.

SS juga berdoa semoga artis wanita berkenaan bertemu jodoh dengan calon suami yang lebih baik daripada bekas kekasihnya itu.

SS: Bukan semua orang mampu hidup bermadu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia