Harian Metro

Berlatih menari 6 jam sehari

-

ketika kecilnya dulu pernah dihantar ke kelas tarian balet.

Namun, dia berhenti kerana tidak menyukai kelas berkenaan. Pada usia empat tahun, keyakinan dirinya juga kecil dan dia sering menangis kerana berasa malu.

Pada usia sembilan tahun dia sekali lagi dihantar ke kelas tarian balet, apabila mengikut ibu bapanya berhijrah ke Kanada dan mendapati sangat menyukainy­a kerana mempunyai rakan yang disenangin­ya.

Sejak itu, dia meneruskan pembelajar­an dalam tarian dan menyertai pelbagai aktiviti, persembaha­n serta pertanding­an tarian selepas pulang ke tanah air.

Bukan semudah yang disangka, di sebalik kejayaanny­a itu sebenarnya pelbagai kaji selidik dan usaha yang dilakukan sendiri sejak di bangku sekolah lagi untuk memastikan namanya diterima sebagai pelajar di NYU.

“Sebelum saya dapat menyambung pengajian dalam bidang tarian ini, saya perlu memastikan keputusan akademik turut cemerlang. Bagi memastikan impian ini tercapai, saya perlu habiskan dulu pendidikan taraf A-Level dalam Ekonomi dan memastikan keputusan peperiksaa­n memenuhi purata nilai gred kumulatif (CGPA) yang ditetapkan untuk terus mendapat biasiswa JPA.

“Pada masa sama, ketika masih belajar lagi, saya hantar video uji bakat, penyata peribadi atau portfolio dan tidak ketinggala­n juga berkunjung ke NYU untuk berjumpa dekan serta pensyarah di sana bersama ibu bapa.

“Saya mahu tunjukkan usaha dan kesungguha­n kepada mereka yang saya benar-benar mahu memasuki universiti berkenaan untuk belajar tarian,” katanya.

Jelasnya, dia sangat bertuah dan bersyukur kerana ibu bapanya sangat menyokong minatnya yang mendalam dalam tarian.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia