Harian Metro

Wanita dakwa guru Bahasa Inggeris tendang, rotan anak

-

Seorang wanita mendakwa anaknya berusia sembilan tahun bukan saja dirotan, malah turut ditendang di bahagian pinggang oleh guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah rendah di sini hanya kerana berlari di kaki lima kelasnya pada 2 Ogos lalu.

N Malarvelly, 40, berkata, sebelum kejadian jam 10 pagi, anaknya bermain dengan rakan di dalam kelas sebelum berlari di kaki lima kelasnya.

Menurutnya, kebetulan guru Bahasa Inggeris itu mengajar di kelas berdekatan sebelum menghampir­i anaknya.

“Dia merotan belakang anak saya dua kali sebelum murid berkenaan berlari ke kelasnya dalam keadaan ketakutan.

“Tidak berpuas hati, guru berkenaan masuk ke dalam kelas anak saya dan menariknya hingga mulutnya cedera terkena meja dan terjatuh. Selepas itu lelaki berkenaan menendang pinggangny­a tiga kali,” katanya pada sidang media di pejabat Ahli Majlis Majlis Perbandara­n Seberang Perai David Marshall, di sini, semalam.

Ibu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan sebelum anak lelakinya dimasukkan ke wad di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dua hari kerana cedera di pinggang dan mulut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri Sha-ari Osman berkata, pihaknya akan menunggu hasil siasatan kes berkenaan sebelum tindakan diambil pihaknya.

“Buat masa sekarang guru berkenaan diarahkan tidak mengajar di kelas murid berkenaan,” katanya.

 ??  ?? MALARVELLY menuntut keadilan selepas anaknya didakwa dirotan guru Bahasa Inggeris.
MALARVELLY menuntut keadilan selepas anaknya didakwa dirotan guru Bahasa Inggeris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia