Harian Metro

Timba ilmu baru kitar semula

-

Shah Alam: “Ini ilmu baru bagi saya iaitu air dan gas sampah boleh dikitar semula,” kata Muhd Umair Faqihuddin Mohd Zulfaqhar, 24 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), dekat sini.

Menurutnya, dia bersama rakan dalam jurusan Pengurusan Pembinaan, Fakulti Seni Bina Perancanga­n dan Ukur UiTM mengadakan lawatan akademik ke Tapak Pelupusan Sanitari Jeram bagi kajian projek yang dijalankan mereka.

“Saya hanya tahu mengenai tapak pelupusan adalah sampah yang dibawa oleh lori sampah ditimbus dengan beberapa lapisan dan ditutup dengan tanah serta dibiarkan begitu saja sehingga terurai.

“Namun apabila saya sampai ke tapak pelupusan ini saya terkejut apabila diberitahu di tapak ini mempunyai sistem teknologi yang boleh merawat air sampah dan mengepam gas sampah bagi menjana elektrik kepada penduduk berhampira­n,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini mereka menyangka tapak berkenaan berbau busuk namun ia meleset sama sekali.

“Kamiterkej­ut apabila melawat ke tapak pelupusan di Jeram kerana bau sampah tidak sekuat yang disangka dan mereka menerangka­n kepada kami bau yang kurang itu kerana ia menggunaka­n sistem yang mengurangk­an bau sampah berkenaan.

“Kami diberi penerangan dan dibawa melawat ke tempat pemprosesa­n air sampah yang dirawat dan tempat gas disedut,” katanya.

Menurutnya, air sampah yang berwarna hitam pekat itu bertukar warna sejernih air putih selepas diproses dan air berkenaan disalurkan ke sungai.

“Kami seakan tidak percaya air hitam sepekat air kopi itu boleh menjadi jernih dan digunakan semula serta dilepaskan ke dalam sungai berdekatan.

“Hidupan sungai itu hidup selamat dengan air sampah yang sudah diproses sehingga jernih,” katanya.

Penuntut tahun dua itu berkata, peranan dan tanggungja­wab masyarakat hari ini amat penting bagi membuat pengasinga­n sampah bermula dari rumah.

“Ini kerana, Worldwide Holdings sendiri ada memberitah­u masalah pengasinga­n sampah menyebabka­n kerja penanaman sampah ini menjadi semakin meningkat saban hari.

“Sikap masyarakat Malaysia yang tidak mempunyai kesedaran mengasingk­an sisa pepejal dan membuat kitar semula menjadikan tapak pelupusan sampah ini semakin meluas,” katanya.

 ?? Zakaria Badu ?? Jika dulu, semua pakaian habis melekat bau sampah, lalat pula begitu banyak...kalau masuk rumah, lalat berlumba-lumba juga masuk bersama”
Zakaria Badu Jika dulu, semua pakaian habis melekat bau sampah, lalat pula begitu banyak...kalau masuk rumah, lalat berlumba-lumba juga masuk bersama”
 ??  ?? PENUNTUT mengadakan lawatan akademik ke Tapak Pelupusan Sanitari di Jeram, Kuala Selangor.
PENUNTUT mengadakan lawatan akademik ke Tapak Pelupusan Sanitari di Jeram, Kuala Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia