Harian Metro

Komen pelayar laman web myMetro

-

PDRM. Pada saya, cukup melalui program berkala dengan PDRM (langkah no.

1), kita mampu laksanakan langkah 2 hingga 4 juga melalui program tersebut. Daripada program tersebut, maklumkan juga kepada pelajar berkenaan ruang melapor kes buli(langkah no. 4), tindakan tegas yang bakal diterima pembuli (langkah no.2) dan kerjasama dengan guru2 serta pihak pentadbira­n universiti bagi mengesan pelajar bermasalah (langkah no.3). 4-in-1 way...

- Asilah Abdul Kamil

Tindakan lebih tegas kepada pelaku. Kalau setakat diberi kaunseling, amaran atau peringatan, confirm tak jalan. Seeloknya pembuli disingkirk­an dari persekolah­an & disenarai hitamkan nama agar tak boleh mendaftar ke sekolah kerajaan.

- Ahmad Mahzan Borhan

Wujudkan ruang melapor kes buli. kerana kadang mangsa buli tidak tahu di mana untuk mengadu dan bimbang tidak ada yang percaya, dengan mewujudkan ruang ini maka secara tidak langsung ia dapat di bendung.

- Suriati Said @ Nawang

Buat program berkala dengan PDRM. saya rasa itu yang terbaik, jika wujudkan ruang melapor kes buli adakah pelajar yang dibuli hendak melapor sekiranya menerima ugutan?

- Fiqri

Wujudkan ruang melapor kes buli. Kerana pelajar yang dibuli di ugut sekiranya melapor kejadian buli sama halnya dengan yang nampak kejadian buli didepan mata oleh itu, mereka takut untuk membuat aduan. justeru, ruang melapor kes buli seperti mewujudkan talian aduan berupa whatsapp kepada guru disiplin boleh dibuat, dan guru disiplin boleh menyiasat dan ambil tindakan aduan buli tersebut. Melalui ruang ini, identiti pengadu tidak terdedah.

- Nur hafiqah Rozalei

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia