Harian Metro

UBER BUKA PINTU REZEKI

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Pemergian suami tujuh tahun lalu, memaksa Evie Enny Tavipi kembali ke alam pekerjaan bagi menampung kehidupann­ya bersama tiga lagi cahaya mata.

Pelancaran Uber Indonesia memberi dimensi pekerjaan terbaru buat wanita berusia 52 tahun ini yang memberi kelonggara­n masa mengikut rutin hariannya.

Memerlukan masa fokus kepada tumbesaran anak, Evie Enny menyertai Uber sejak dua tahun lalu secara sambilan.

“Saya bekerja cuma enam jam sehari, bermula seawal 8 pagi hingga 2 petang. Manakala waktu selebihnya, adalah masa bersama anakanak.

“Mensasarka­n maksimun lapan perjalanan dengan pendapatan kira-kira Rp200,000 (RM64) sehari, bagi saya ia mencukupi untuk menampung kehidupan keluarga.

“Pada masa sama, saya juga berniaga kasut dalam talian untuk mencari wang tambahan,” kata wanita berasal dari Bekasi ini.

Manakala pemandu

Uber dari Malaysia, Razman Abdul Rahim, 47, mengakui kegawatan ekonomi sekitar 2013 membuatkan operasi perniagaan kafe dijalankan terjejas.

“Situasi terumbanga­mbing itu membuatkan saya mencari alternatif lain untuk menjana pendapatan yang lebih stabil.

“Tambahan pula, saya memiliki dua anak yang sedang melanjutka­n pelajaran di universiti, jadi ini antara faktor utama membawa saya kepada Uber.

“Saya menjadi memandu Uber sejak empat tahun lalu atas saranan seorang teman. Bagi saya, pekerjaan ini sangat fleksibel dan tidak ‘mengikat’ jadual harian saya.

“Sebagai pemandu, saya juga adalah ‘majikan’ yang menetapkan tempoh masa bekerja dan saya juga ‘akauntan’ yang menjaga aliran duit masuk atau keluar.

 ??  ?? LAPAN pemandu antarabang­sa yang
dijemput khas.
LAPAN pemandu antarabang­sa yang dijemput khas.
 ??  ?? RAZMAN mula jadi pemandu Uber empat tahun lalu.
RAZMAN mula jadi pemandu Uber empat tahun lalu.
 ??  ?? EVIE perlu menyara keluarga.
EVIE perlu menyara keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia