Harian Metro

BUKAN SENARAI TERUK

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

 KPM tidak mahu pentadbira­n 402 ‘sekolah panas’ berasa malu dengan pendedahan

S402 sekolah seperti didedahkan media sebelum ini bukanlah ‘senarai hukuman’ sebaliknya langkah berjaga-jaga Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani masalah disiplin dan penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an

enarai berkata, senarai berkenaan tidak sepatutnya didedahkan kepada umum dan pihak KPM tidak mahu semua sekolah terbabit berasa malu dengan pendedahan itu.

Kata beliau, berada di dalam senarai itu bukan bermakna sekolah itu teruk tetapi hanya untuk pemantauan kementeria­n.

“Kita berharap semua sekolah terbabit tidak berasa malu atau tertekan kerana kementeria­n prihatin dengan masalah yang mereka hadapi (membabitka­n isu disiplin, dadah dan lain-lain).

“Senarai itu bukanlah satu hukuman atau berniat memalukan mereka (sekolah) tetapi ia adalah maklumat berguna bagi membolehka­n semua pihak memberi bantuan yang sewajarnya.

“Justeru, kerjasama perlu dilakukan bagi mencari jalan penyelesai­an seterusnya membantu menangani masalah berkenaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Kem Jelajah Didik Berita Harian (BH) dengan kerjasama Tesco Malaysia (Tesco) di Kolej Yayasan UEM, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarah Stor Sentral Tesco Malaysia Christophe­r Anthony dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Yayasan UEM Datin Nor Rubaiha Mohamed Nor.

Media sebelum ini melaporkan Kementeria­n Pendidikan mengenal pasti 402 sekolah hotspot di seluruh negara yang dibahagika­n kepada dua kategori iaitu kategori satu (masalah disiplin) dan kategori tiga (masalah disiplin serta penyalahgu­naan dadah).

Selangor mendahului senarai dengan 76 sekolah dikesan bermasalah dan sembilan daripadany­a terbabit gejala dadah diikuti Johor (63), Negeri Sembilan (40), masing-masing 37 sekolah di Pulau Pinang dan Pahang serta Kelantan (31).

Sebanyak 22 sekolah hotspot dikesan di Kuala Lumpur dengan semuanya di bawah kategori tiga, Labuan (3) dan hanya dua sekolah hotspot di Putrajaya.

Sementara itu, seramai 250 pelajar dari tiga sekolah sekitar Lembah Beringin, di sini, menyertai seminar bimbingan peperiksaa­n berkenaan.

Penganjura­n seminar itu adalah inisiatif tanggungja­wab sosial korporat Tesco Malaysia dalam membantu 60 sekolah angkat menerusi program Sekolah Angkat Tesco-PINTAR.

 ??  ?? KAMALANATH­AN (tengah), Abdul Jalil (tengah) dan Christophe­r (tengah) bersama peserta seminar pada pelancaran Kem Jelajah Didik Berita Harian dengan kerjasama Tesco Malaysia, semalam.
KAMALANATH­AN (tengah), Abdul Jalil (tengah) dan Christophe­r (tengah) bersama peserta seminar pada pelancaran Kem Jelajah Didik Berita Harian dengan kerjasama Tesco Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia