Harian Metro

TAMPIL BERBISA PADA AKSI KEDUA

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Intan tekad atasi rasa gemuruh apabila berdepan Indonesia

Pemain futsal wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli bertekad untuk tampil lebih berbisa apabila Malaysia turun berdepan Indonesia pada aksi kedua Sukan SEA KL2017 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, petang ini.

Intan, 19, yang pertama kali mewakili negara di temasya dwitahunan itu mengaku gugup pada aksi sulung menentang Myanmar kelmarin hingga menjejaska­n tumpuannya ketika berada di depan gawang lawan.

Bagaimanap­un, pemain yang berasal dari Kuala Lumpur itu berjanji untuk tampil lebih tajam, sekali gus membantu Malaysia meraih kemenangan kedua pada temasya kali ini.

“Saya akui persembaha­n ketika bertemu Myanmar cukup hambar dan saya mahu lebih baik pada aksi kedua nanti.

“Banyak peluang saya sia-siakan, malah semua percubaan yang saya lakukan tersasar jauh.

“Mungkin disebabkan rasa gemuruh kerana ini adalah penampilan pertama dalam Sukan SEA. Sebagai pemain saya kena cepat menyesuaik­an diri dan saya yakin masalah itu tidak akan berulang lagi selepas ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, semalam.

Kelmarin, skuad kendalian Muizzudin Haris berjaya meraih tiga mata penuh dalam aksi pertama apabila menewaskan Myanmar dengan 2-1.

Kemenangan itu nyata melegakan Muizzudin yang berharap jentera serangan pasukannya akan tampil lebih garang dalam aksi berikutnya.

Nada sama turut dikongsi rakan sepasukan Intan, Steffi Sarge Kaur Singh yang percaya ‘skrip berbeza’ bakal disajikan skuad negara.

“Saya harap kita mampu memberi penyudah lebih tajam di depan pintu gol nanti dan pastinya aksi kita kali ini perlukan fokus dan tumpuan yang lebih tinggi kerana Indonesia juga sebuah pasukan yang kuat.

“Keserasian yang ditunjukka­n jentera hadapan dalam latihan hari ini (semalam) sudah menampakka­n keyakinan betapa kami akan turun lebih tajam,” katanya. Petaling Jaya: Corak permainan pantas dimiliki Vietnam akan menjadi ancaman besar buat skuad futsal lelaki negara, malam ini.

Pengendali pasukan, Chiew Chun Yong berkata, berdasarka­n video analisis yang dilakukann­ya ketika Vietnam menentang Thailand pada aksi pertama kelmarin, lawan mengamalka­n corak permainan pantas yang mampu memerangka­p pertahanan negara.

“Saya dapati mereka (Vietnam) gemarkan corak permainan laju. Pemain mereka begitu ‘mesra’ dengan bola yang membolehka­n mereka mampu mengawal permainan dengan baik.

“Kita perlu segera perbaiki mana-mana kelemahan yang wujud agar lawan tidak mudah mengambil kesempatan ke atas pasukan kita,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di Kelana Jaya, semalam.

Pada aksi sulung kelmarin, skuad bimbingann­ya terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya melakar kemenangan 5-4 ke atas Myanmar yang berlangsun­g penuh dramatik itu.

Melihatkan kepada corak latihan pasukan negara semalam, Chun Yong dilihat cenderung menggunaka­n taktikal serangan balas untuk mengejutka­n pertahanan lawan.

“Beberapa perubahan akan dilakukan dalam beberapa aspek. Perubahan itu akan lihat pada bahagian pertahanan dan juga serangan.

“Mereka akan datang dengan pantas tetapi kita juga ada perangkap serangan balas yang mampu mengejutka­n mereka,” katanya.

 ??  ?? INTAN (kanan) diasak pemain pasukan Myanmar Zin Min Tun di Stadium Panasonic Shah Alam.
INTAN (kanan) diasak pemain pasukan Myanmar Zin Min Tun di Stadium Panasonic Shah Alam.
 ?? Chiew Chun Yong ?? Kita perlu segera perbaiki mana-mana kelemahan yang wujud agar lawan tidak mudah mengambil kesempatan”
Chiew Chun Yong Kita perlu segera perbaiki mana-mana kelemahan yang wujud agar lawan tidak mudah mengambil kesempatan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia