Harian Metro

TAGIH AURA PEMAIN KE-12

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Safawi optimis sokongan padu penyokong

mampu beri tonik benam Myanmar

Skuad bawah 22 tahun (B-22) negara bakal berdepan ujian sebenar dalam kempen Kumpulan A menentang Myanmar esok bagi memburu slot ke separuh akhir.

Myanmar, naib juara Sukan SEA Singapura dua tahun lalu, membuktika­n kehebatan dengan membelasah Brunei 6-0 kelmarin untuk kemenangan ketiga berturut-turut sekali gus muncul pasukan pertama layak ke pusingan seterusnya.

Persembaha­n anak buah Datuk Ong Kim Swee pula dilihat kurang meyakinkan meskipun menang 2-1 ke atas Brunei dan Singapura.

Bagaimanap­un, bagi pemain sayap Safawi Rashid, dia dan rakan sepasukan tidak gentar untuk bertemu Myanmar kerana mereka memiliki kelebihan ‘pemain ke-12’.

“Bagi saya, penyokong adalah pemain ke-12 dalam pasukan. Lihat saja perlawanan dengan Singapura, kita sudah ketinggala­n tapi berjaya bangkit untuk mencipta kemenangan dan ia didorong sokongan padu penyokong yang menaikkan semangat pemain,” katanya ketika ditemui sebelum sesi latihan, semalam.

Aura positif yang dicetuskan skuad muda negara selepas layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di China tahun depan menjadi faktor kehadiran semula penyokong termasuk Ultras Malaya ke stadium.

Ini dapat disaksikan dengan kehadiran lebih 40,000 penyokong dalam perlawanan menentang Singapura, Rabu lalu.

Safawi yang kini mewakili kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) berkata, mereka tidak tertekan dengan harapan tinggi penyokong tempatan untuk memburu pingat emas di laman sendiri sejak 1989.

“Kita sudah meraih dua kemenangan tapi kita masih belum layak ke separuh akhir. Memang dalam dua perlawanan itu kita bergelut untuk menang tapi saya percaya jurulatih ada strategi tersendiri untuk berdepan Myanmar.

“Pada saya, kita tak ada tekanan meskipun Myanmar sudah layak ke separuh akhir, kita bermain di tempat sendiri jadi kita akan bermain seperti biasa cuma tidak boleh leka,” katanya.

Andai meraih tiga mata penuh ke atas Myanmar, Malaysia akan mara ke separuh akhir dan berpeluang untuk muncul juara kumpulan jika menewaskan Laos pada aksi terakhir pada 23 Ogos. Shah Alam: Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara Datuk Ong Kim Swee

tidak peduli dengan apa yang ingin dilakukan Myanmar dalam pertemuan esok kerana misinya tetap sama, mahu meraih kemenangan untuk layak ke separuh akhir.

Pertemuan dengan Myanmar di Stadium Shah Alam bagi saingan Kumpulan A itu cukup penting buat pasukan tuan rumah mencari tempat

(gambar)

ke separuh akhir selepas pencabarny­a itu layak hasil kemenangan ketiga ke atas Brunei 6-0 kelmarin.

Meskipun sudah layak, pengendali Myanmar Gerd Zeise tetap mahu menurunkan skuad terbaik menentang Malaysia dan Kim Swee percaya anak buahnya sudah bersedia.

“Terpulang kepadanya (Zeise). Walaupun mereka sudah layak, kita hanya perlu tumpu kepada tugas kita. Kita harus cuba untuk mendapatka­n tiga mata dalam perlawanan Isnin nanti dan kemungkina­n besar layak bersama Myanmar.

“Dalam masa sama kita tidak perlu memikirkan mengenai Myanmar mahu menurunkan kesebelasa­n utama atau tidak kerana kita akan tumpu kepada perancanga­n sendiri,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam.

Malaysia dalam kedudukan terbaik untuk mara ke separuh akhir apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Brunei dan Singapura dalam dua perlawanan awal Kumpulan A.

Tiga mata perlu dicari dalam perlawanan esok bagi mengelak tekanan dalam perlawanan terakhir menentang Laos pada Rabu.

 ??  ?? SAFAWI (kiri) tuntut rakan sepasukan usah leka dan lebih waspada.
SAFAWI (kiri) tuntut rakan sepasukan usah leka dan lebih waspada.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia