Harian Metro

Ara fokus genre balada

-

Rezeki setiap individu berbeza-beza. Ada yang baru bertapak terus popular, ada juga yang berusaha keras hingga berjaya atau akhirnya mengalah.

Penyanyi Ara Johari,

20, yang bakatnya diasah menerusi pertanding­an realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016) akui perlu bekerja keras untuk menempatka­n diri dalam industri.

Ara yang dikenali melalui lagu Warkah Untukku tetap bersyukur kerana masih punya ruang untuk berkarya. Dia tidak terlalu kecewa apabila melihat momentum kariernya bergerak perlahan.

Katanya, sejak menyertai AF2016 lagi, dia antara pelajar yang menduduki carta tercorot tetapi meluahkan rasa syukur kerana kerjayanya terus berjalan lancar.

“Kalau lihat graf kerjaya, memang apa yang saya lalui tidak sama seperti penyanyi lain yang hanya dengan satu lagu, populariti terus naik mendadak.

“Saya bercakap begini bukan untuk mempertika­ikan rezeki. Jauh sekali mencemburu­i dan berkecil hati dengan industri.

“Sejak dari AF pun nama saya memang selalu berada tiga paling bawah. Apabila berdiri sendiri di luar pertanding­an, saya hanya boleh berusaha dan bersyukur kerana penyokong masih setia dari dulu hingga sekarang.

“Saya juga bersyukur kerana menerima tawaran memeriahka­n majlis bukan hanya di sekitar Semenanjun­g, tetapi juga Sabah dan Sarawak,” katanya.

Walaupun tidak mempunyai ratusan ribu pengikut laman sosial,

Ara gembira lagu Warkah Untukku sering diputarkan di radio.

Jika dinilai secara kasar, Ara akui sebenarnya ramai yang meminati lagu hasil sentuhan magis Hang Nadim. Dengan lagu itu juga, Ara layak beraksi di pentas Muzik-Muzik.

Mungkin setakat ini tidak ada kepastian dia akan ke arena yang lebih gah tetapi pencapaian itu sudah cukup menggembir­akan hatinya.

Berhati-hati mengatur bicara, Ara bimbang andai apa saja yang diluahkan akan disalahert­ikan. Namun, dia mengakui, Anugerah Juara Lagu (AJL) adalah satu daripada sasarannya.

“Saya tidak mahu terlalu yakin tetapi sasaran saya adalah AJL. Kalau lagu Warkah Untukku tidak masuk ke peringkat akhir, perjuangan itu tidak akan hanya terhenti di situ.

“Apabila saya dimaklumka­n lagu itu disenaraik­an dalam Muzik Muzik pun saya sudah gembira dan banyak bersyukur. Saya bekerja keras untuk memperbaik­i vokal dan gaya persembaha­n demi karier,” katanya.

Untuk single kedua, Ara masih memilih lagu ciptaan Hang Nadim. Dia yakin komposer yang juga penyanyi itu tahu kekuatanny­a sebagai penghibur.

Mengekalka­n rentak sama, Ara bagaimanap­un terbuka untuk menerima lagu daripada komposer lain

Ingin perkukuh identiti sendiri walaupun

harus akur trend lagu masa kini

 ?? FOTO: SOLEKAN: PAKAIAN: ??
FOTO: SOLEKAN: PAKAIAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia