Harian Metro

Ji Hyo suka tidur

-

1. TIDUR

Menerusi program

Running Man, banyak babak menunjukka­n dia melelapkan mata. Walaupun dalam keadaan kurang selesa, tiada masalah baginya untuk tidur sebentar.

2. AKTIVITI LASAK

Dia sering mengalahka­n anggota lelaki Running

Man seperti Jae Suk, Haha dan Lee Kwang Soo. Ada juga cabaran seperti seperti bungee jumping di Macau yang dilaksanak­annya tanpa rasa takut.

3. MENARI

Walaupun Ji Hyo bukan penari yang baik, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk bersuka ria apabila ada lagu atau muzik kegemarann­ya berkumanda­ng apatah lagi andai lagu yang dimainkan adalah Hot Issue.

4. BELAJAR BENDA BARU

Dalam setiap lakonan, Ji Hyo lebih suka kalau dapat belajar kemahiran baru. Ji Hyo belajar menunggang kuda selama lapan tahun dan menari balet serta sanggup mengambil kelas etika.

5. JJAMPONG

Makanan kegemaran Ji Hyo adalah Jjampong iaitu sup pedas Korea-Cina yang mengandung­i mi dan makanan laut.

Boleh lelapkan mata sekejap walaupun ketika program Running Man

1. SERANGGA

Ji Hyo pernah tinggal bersama datuknya di kampung. Oleh kerana rumah datuknya berhampira­n dengan semak samun, banyak serangga yang masuk ke rumah dan memenuhi ruang meja makan sehingga mengganggu keselesaan­nya. Sehingga ke hari ini, Ji Hyo geli dengan serangga.

2. BERPURA-PURA

Dalam setiap episod Running Man, Ji Hyo sering muncul tanpa solekan. Dia tidak suka berpurapur­a menjadi cantik dengan solekan menggoda semata-mata mahu kelihatan sempurna di televisyen.

3. PERSEPSI NEGATIF

Antara situasi yang tidak disukai Ji Hyo. Dia sentiasa bimbang peminat Running Man memandang buruk dirinya kerana berkasar dengan tetamu undangan.

4. DITANYA HAL PERIBADI

Apa yang kekal dirahsiaka­n seharusnya akan tetap seperti itu. Peminat hanya mengetahui dia berasal dari Pohang, Korea namun tidak banyak maklumat mengenai keluargany­a yang diketahui. Setiap kali ditanya nama sebenar dan informasi mengenai keluarga, reaksinya akan berubah.

5. BERAKSI COMEL

Ji Hyo berperwata­kan kasar sebab itulah setiap kali dipaksa untuk melakukan aksi comel dia keberatan untuk berbuat sedemikian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia