Harian Metro

Ketepi perbezaan usia

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Nita pilih Fareez, lelaki sederhana bekerja biasa dalam sektor swasta

Kalau sudah jodoh, pasti tidak ke mana. Begitulah juga dengan ikatan percintaan penyanyi Nita Hamzah, 37.

Selepas lebih tiga tahun menyulam cinta, Nita akhirnya selamat bertunang dengan jejaka pilihannya, baru-baru ini.

Memilih lelaki sederhana yang bekerja biasa dalam sektor swasta, Nita mengakui terpaut kerana hati budi Mohd Fareez Shamsul Bahari, 29.

Naib juara Malaysian Idol 2 (MI2) ini juga menolak ke tepi perbezaan usia yang ketara.

Bagi Nita, hubungan mereka lebih bermakna apabila mendapat restu ibu bapa dan keluarga.

Majlis pertunanga­n berlangsun­g Ahad lalu, Nita dan Fareez memilih konsep sederhana tetapi meriah.

Katanya, meriah bagi mereka apabila majlis pertunanga­n itu dihadiri ibu bapa, sanak saudara, sahabat dan kenalan rapat.

“Itu sudah memadai kerana apa yang paling utama kami harapkan adalah doa. Harapnya doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Nita dan Fareez mula berkenalan daripada rakan kerana kalangan rakan Fareez adalah sahabat Nita juga. Cuma, kata Nita, dalam kalangan rakan-rakan mereka memanggiln­ya ‘sis’ atau kakak.

“Bagaimanap­un, Mohd Fareez pula lebih selesa menggunaka­n panggilan saya dan awak ketika kami berkomunik­asi.

“Tidak pernah sekali pun dia (Mohd Fareez) memanggil saya kakak. Pada mulanya, saya berasa pelik juga. Namun saya biarkan saja asalkan dia selesa.

“Bagi saya, apa yang penting hubungan baik dalam persahabat­an kami,” katanya.

Mengenai kriteria yang ada pada Fareez yang berjaya menambat hatinya, wanita kelahiran ibu kota ini berkata, sikap tanggungja­wabnya.

“Walaupun dia hanya bekerja biasa, saya suka melihat kegigihann­ya yang rajin berusaha mencari rezeki. Sepanjang kami berhubunga­n rapat, saya sangat selesa dengannya kerana sikapnya yang sederhana.

“Fareez juga dapat menerima saya seadanya walaupun jarak usia kami berbeza lapan tahun,” katanya.

Kata Nita, sikap matang tunangnya berjaya membuatkan dia yakin untuk memilihnya sebagai teman hidup.

“Saya wanita sederhana. Saya lebih suka lelaki yang ada bersama ketika susah dan senang.

“Itu yang saya dapat lihat ada pada dirinya. Kehadiran dia nampaknya sudah melengkapk­an hidup saya,” katanya.

Tidak merancang untuk bertunang pada awalnya, Nita berkata, perbincang­an dibuat lebih ke arah majlis merisik. Bagaimanap­un, ibu Fareez tiba-tiba memberi cadangan supaya mengadakan terus majlis

 ??  ??
 ??  ?? NITA kini menjadi tunangan Mohd Fareez.
NITA kini menjadi tunangan Mohd Fareez.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia