Harian Metro

Kuasa tiada batas

- Lokman Zainal Abidin lockman@nstp.com.my

Sekali imbas, ia kelihatan biasa saja, tak ubah seperti jentera cruiser lain tetapi tanggapan itu serta merta berubah sebaik duduk di atas pelana Indian Chief Classic keluaran Indian Motorcycle­s ini.

Peluang menguji jentera yang boleh dilabel sebagai gergasi itu digunakan sebaik mungkin kerana sebelum ini, Vroom hanya mendengar mengenai kehebatann­ya daripada mulut rakan-rakan.

Hasilnya? Tiada apa yang mampu diluahkan dengan kata-kata kerana menunggang Indian Chief jauh lebih seronok kerana selain pengendali­an yang mudah, ia juga mampu menghambur­kan kuasa yang bukan calang-calang hebatnya.

Jika ada yang menganggap Indian Chief tidak setanding pesaingnya, Harley Davidson, fikirkan semula pendapat anda kerana bak kata pepatah Melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’.

Gabungan pengendali­an, reka bentuk dan kuasa Indian Chief pasti membuatkan sesiapa saja yang menunggang­nya enggan berhenti kerana tidak ada sebab untuk an melepaskan cengkaman pada gagang jentera it

Indian Motorcycl bukan ‘budak baru’ industri motosikal d memiliki sejarah pa dan muncul jenama motosikal pertama Amerika Syarikat iaitu pada 1901. Justeru, tidak hairan mengapa setiap jentera Indian menampilka­n seni kejurutera­an yang mantap di setiap sudut reka bentuknya.

Kembali Indian Chief Classic, bukan sesuatu yang menghairan­kan apabila setiap ‘mat motor’ pasti menoleh dua kali ke arah jentera itu kerana selain menampilka­n lampu hadapan krom, bentuk retro pada bahagian depan serta fender belakang yang diketengah­kan sinonim dengan rekaan motosikal klasik.

Tetapi, jangan sekali-kali memandang rendah kuasa yang dimiliki gergasi ini. Kuasa yang dihamburka­n enjin triple-cam, V-twin Thunder Stroke III yang digunakan seolah-olah

Penukaran gear enam kelajuanny­a juga amat lancar, mudah untuk kembali ke neutral. Memecut ke kelajuan selesa bagi cruiser seperti ini adalah sekitar 130-140 kilometer sejam (km/j) dan tidak susah untuk mencapai kelajuan berkenaan. Kuasa maksimum Indian Chief Classic adalah 240km/j!

Dari segi kawalan, efisiensi membantu mengurangk­an geseran enjin menawarkan pemanduan lancar serta jimat dan pada masa sama prestasi kenderaan tidak dikurangka­n.

Shell FuelSave 95 dengan 20 peratus molekul penguranga­n geseran berbanding sebelumnya bagi menjadikan enjin kekal bersih dan dilindungi serta untuk V-Power 97 dengan tiga kali molekul penguranga­n geseran juga V-Power Racing dengan 99 peratus kompaun sama seperti pasukan Ferrari untuk pilihan pengguna. meskipun beratnya mencecah 357 kilogram (kg), Indian Chief beraksi seperti yang dimahukan penunggang. Pengambila­n selekoh pendek mahupun panjang adalah amat mudah selain mampu menerjah bonggol dan lopak air di jalan raya dengan stabil.

Suspensi yang lasak dan sistem brek anti kunci

Pengalaman memandu ke Terengganu barubaru ini menggunaka­n kenderaan dengan enjin 2.0 liter dengan kapasiti tangki bahan api 50 liter serta jarak perjalanan hampir 400 km dan dengan satu isian penuh tangki RON95.

Setibanya, di sana ia masih berbaki separuh tangki dengan catatan penggunaan petrol sekitar 10 liter untuk setiap 100 km dalam pelbagai kelajuan sambil membawa lima penumpang dan bagasi.

Selain faktor teknologi kejurutera­an kenderaan, petrol yang efisien juga (ABS) yang bergerak harmoni dengan pusat graviti reka bentuk menghasilk­an kestabilan dan tunggangan yang meyakinkan.

Kesimpulan­nya, Indian Chief bukan cruiser biasa, ia umpama karya agung dari segi kejurutera­an motosikal untuk reka bentuk, prestasi, keselesaan dan keselamata­n.

Bahan api terbaru Shell dicipta untuk kelancaran dan prestasi

menyumbang kepada lebih kilometer sambil prestasi yang baik di atas lebuh raya terutama ketika laluan berbukit dan lurus bagi memintas kenderaan.

Molekul-molekul yang membantu mengurangk­an geseran memberi kesan tehadap enjin mengekalka­n kebersihan lalu memberi kepuasan memandu seisi keluarga.

Untuk menikmati bahan api dengan formulasi Dynaflex, ia kini boleh diisi di mana-mana stesen minyak Shell di seluruh negara.-Lizam Ridzuan

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia