Harian Metro

Mustahak ambil sarapan

-

Sarapan adalah mustahak kepada setiap individu tanpa mengira peringkat umur kerana waktu makan membekalka­n tubuh dengan segala nutrisi diperlukan bagi memulakan hari supaya lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur.

Pengambila­n sarapan membantu pelajar terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan meningkatk­an prestasi pembelajar­an. Namun, tidak ramai mengambil berat kepentinga­nnya, malah ramai rakyat Malaysia tidak mengambil sarapan sehingga menjadi satu trend.

Profesor Madya Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Hamid Jan Jan Mohamed berkata, memulakan hari dengan sarapan dengan sajian bermutu membantu meningkatk­an kesihatan, menjaga keseimbang­an hormon dan memberikan tenaga mencukupi.

“Sarapan yang baik penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka panjang. Ia juga memainkan peranan penting bagi mengelak tekanan darah tinggi dan diabetes serta cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti termasuk mengekalka­n indeks jisim badan (BMI) yang sihat.

“Namun, kajian menunjukka­n peringkat umur antara 19 hingga 29 golongan yang kerap meninggalk­an sarapan. Ini disebabkan mereka sibuk atau tergesa-gesa ke tempat kerja tanpa mengambil sarapan.

“Sarapan perlu diambil selepas dua jam bangun tidur berikutan rutin makan pagi ini mengembali­kan semula paras glukosa iaitu karbohidra­t penting yang diperlukan untuk otak berfungsi,” katanya pada pelancaran biskut sarapan BelVita dengan perisa baru pisang dan oat oleh Mondelez Malaysia (Mondelez), baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Bahagian Biskut dan Snek Bergaram Mondelez Internatio­nal, Sharon Tan.

Dr Hamid Jan berkata, sarapan juga perlu mengandung­i karbohidra­t, protein, sayuran dan buahbuahan. Malah, digalakkan mengambil lebih sayuran

dan buah-buahan dalam setiap hidangan kerana kedua-duanya mengandung­i makronutri­en, vitamin, mineral dan fitonutrie­n yang penting untuk fungsi tubuh.

“Bijirin seperti oat mengandung­i serat, pelbagai mineral dan zat yang mampu merendahka­n paras kolesterol sekali gus menjadikan ia amat sesuai bagi sarapan. Namun, oat saja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan sempurna.

“Oleh itu, buah-buahan seperti pisang antara yang sesuai dengan kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 menyumbang kepada kesihatan jantung.

“Mengambil sarapan dengan makanan berkhasiat selain membekalka­n tenaga, ia juga memberikan perasaan kegembiraa­n kepada kita kerana memperbaik­i mood dan mengurangk­an tahap tekanan,” katanya.

 ??  ?? BISKUT sarapan mengandung­i pelbagai nutrisi diperlukan untuk memulakan hari.
BISKUT sarapan mengandung­i pelbagai nutrisi diperlukan untuk memulakan hari.
 ??  ?? DR Hamid Jan
DR Hamid Jan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia