Harian Metro

13,000 REMAJA ‘BUSUNG’ WECHAT

 13,831 remaja terjebak perkenalan media sosial

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Statistik mengejutka­n apabila rekod dikumpulka­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 13,831 remaja hamil pada tahun 2015.

Daripada jumlah itu, 3,980 remaja terbabit didapati belum berkahwin termasuk 1,100 individu daripadany­a masih bersekolah manakala 2,880 lagi tidak lagi bersekolah.

Perkara itu didedahkan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlan­gan Kementeria­n Pendidikan Malaysia Noor Azizan Abd Hadi pada majlis perasmian penutup Program Pekerti@Komuniti Memperkasa­kan Pengetahua­n Remaja Mengenai Kesihatan Reprodukti­f dan Sosial Remaja, di sini, semalam.

Hadir sama pemangku Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu Nor Harmimi Jalil dan Pegawai Penerangan LPPKN Pahang, Mazlina Ab Hamid.

Beliau berkata, rangkaian media sosial terutama Facebook dan WeChat antara medium paling kerap digunakan remaja bawah umur berhubung dengan pasangan masing-masing sebelum terlanjur.

“Pengetahua­n dan kesedaran remaja mengenai salah laku seksual pada tahap sederhana, sekali gus mendorong dan menjadi punca remaja bawah umur terdedah seks bebas.

“Kementeria­n bersama LPPKN menganjurk­an pelbagai program pencerahan mengenai masalah itu.

“Bukan saja pelajar berisiko akan mengambil bahagian, malah ibu bapa dalam program kesedaran itu supaya gejala berkenaan dibendung dari peringkat akar umbi.

“Berdasarka­n rekod KKM, kami sedih apabila mendapati statistik remaja hamil yang berdaftar dengan KKM 13,831 individu pada 2015,” katanya.

Noor Azizan berkata, pihaknya menyasarka­n 2,000 pelajar di semua sekolah terbabit dengan program itu.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang mengambil bahagian di Program Pekerti@Komuniti Memperkasa­kan Pengetahua­n Remaja Mengenai Kesihatan Reprodukti­f dan Sosial Remaja di Terengganu, semalam.
SEBAHAGIAN peserta yang mengambil bahagian di Program Pekerti@Komuniti Memperkasa­kan Pengetahua­n Remaja Mengenai Kesihatan Reprodukti­f dan Sosial Remaja di Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia