Harian Metro

Pencuri datang berjubah

-

Shah Alam: Seorang penjenayah bukan saja mencemarka­n kesucian rumah ibadat malah sanggup menyamun seorang kanak-kanak lelaki dengan bersenjata­kan pisau di bilik rehat sebuah surau di Seksyen 4 di sini, Jumaat lalu.

Lebih keji apabila lelaki berusia 30-an memakai jubah dan bertopeng sebelum mengugut mangsa yang hanya berusia tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika kejadian ibu mangsa yang berusia 34 tahun sedang menunaikan solat Zuhur

di surau berkenaan.

“Bagaimanap­un, wanita itu terkejut apabila terdengar jeritan anaknya itu dan melihat suspek yang memegang pisau membawa lari beg tangan miliknya.

“Berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) surau itu, lelaki berkenaan didapati menutup mukanya dengan topeng dan memakai jubah,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Menurut beliau, tiada kecederaan dilaporkan dan mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk

tindakan lanjut.

Kata Shafien, wanita itu kemudian menerima panggilan telefon daripada seorang pemandu teksi berusia 57 tahun yang menemui beg tangannya di sebuah kawasan di Kelana Jaya, jam 8.30 pagi kelmarin.

“Barangan yang ditemui dalam beg itu antaranya kad pengenalan, MyKid anaknya, kad ATM dan kad daftar hospital. Namun, tiada wang tunai ditemui,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mempergiat­kan usaha memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurka­nnya di balai polis berdekatan.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV penjenayah ceroboh masjid bersenjata­kan pisau.
RAKAMAN CCTV penjenayah ceroboh masjid bersenjata­kan pisau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia