Harian Metro

Dayang terima seadanya

 Enggan ambil pusing nyanyian lagu tema Sukan SEA 2017 tidak beri impak

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Penyanyi popular Dayang Nurfaizah tidak mahu ambil pusing berkenaan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan lagu tema Sukan SEA KL2017 berjudul Bangkit Bersama nyanyianny­a tidak memberikan impak.

Dayang, 36, berkata, apa yang penting dia sudah memberikan persembaha­n terbaik menerusi lagu ciptaan Datuk Ramli MS itu.

“Bagi saya setiap orang ada pandangan tersendiri. Memang ada yang suka dan tidak, tetapi saya tak nak menjadikan ia satu masalah besar. Sebagai penyanyi saya sudah beri yang terbaik.

“Dalam perkara ini saya terima setiap komen dan kritikan. Saya tak boleh kata saya seorang saja yang betul. Kalau ada yang menganggap lagu ini tidak membangkit­kan semangat, saya terima,” katanya kepada Harian Metro.

Dayang yang kini muncul dengan single Separuh Mati Ku Bercinta berkata, dia tidak mahu terlalu selesa dengan pujian semata-mata.

“Saya tak nak melatah dengan komen diberikan. Kalau semua beri komen bagus, nanti saya berasa selesa pula. Bagi saya perlu ada teguran bagi menambah baik sesuatu perkara,” katanya.

Pun begitu, Dayang tetap meluahkan rasa bangga apabila dipilih menyanyika­n lagu tema temasya dwitahunan itu.

Bagi Dayang, peluang diberikan itu datang sekali seumur hidup dan menganggap­nya satu tanggungja­wab besar kepada negara.

“Lagu ini berbeza daripada kebanyakan lagu saya sebelum ini. Secara peribadi, lagu ini beri semangat kepada atlet negara dan seluruh rakyat Malaysia. Justeru, peluang diberikan ini sesuatu yang sangat berharga.

“Ia juga satu tanggungja­wab buat saya kerana perlu menyampaik­an mesej lagu kepada orang ramai. Pendek kata, ia satu penghargaa­n tertinggi secara peribadi dan kerjaya saya,” katanya.

 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ?? DAYANG Nurfaizah membuat persembaha­n pada majlis perasmian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
FOTO: OSMAN ADNAN DAYANG Nurfaizah membuat persembaha­n pada majlis perasmian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia