Harian Metro

‘Usah salah anggap status Tweet saya’

-

Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza tidak mahu mana-mana pihak salah anggap terhadap Tweet yang ditulis kepada stesen radio Era FM, baru-baru ini.

Siti, 38, berkata, Tweet itu inisiatif sendiri bagi membuat permintaan lagu agar lagu Segala Perasaan dapat dimainkan di stesen radio itu.

“Saya tidak mahu orang salah anggap terhadap Tweet itu. Saya membaca setiap komen peminat yang bertungkus-lumus mengundi dan membuat permintaan untuk lagu itu sejak Mei lalu.

“Saya kasihankan mereka kerana tidak ada maklum balas daripada radio berkenaan. Disebabkan itu saya mengambil inisiatif untuk membuat permintaan sendiri.

“Alhamdulil­lah, saya sudah dengar radio itu memainkan lagu Segala Perasaan dan begitu juga stesen radio lain yang sudah lama memainkan lagu itu,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, status yang ditulis Siti menerusi laman Twitter yang ditujukan kepada radio Era FM menjadi tular sejak Khamis lalu.

Status berbunyi ‘Salam hormat kepada seluruh warga kerja Era. Saya nak buat permintaan lagu Segala Perasaan. Budi baik kalian, saya & Sitizoners hargai’ itu mendapat lebih 100 kali ulang siar (repost) daripada peminatnya.

Stesen radio itu turut membalas komen yang ditinggalk­an Siti dengan meminta peminat penyanyi itu terus membuat permintaan lagu itu.

“Terima kasih Datuk. Lagu Segala Perasaan masih dalam Carta Lagu Baru Nak Up. Sitizoners perlu teruskan meminta lagu ini & mengundi di era.fm :),” tulis pengendali akaun media sosial radio itu.

Siti turut memberitah­u, sebagai penyanyi, dia dan stesen radio saling memerlukan.

“Saya menghargai setiap stesen radio dan kami saling memerlukan. Saya ikhlas menerbitka­n album setiap tahun dan sangat berharap radio menjadi platform terbaik untuk memperkena­lkan sesebuah lagu,” katanya.

 ??  ?? SITI Nurhaliza
SITI Nurhaliza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia