Harian Metro

TANAM RASA CINTA NEGARA

- Icka S Hassan am@hmetro.com.my

 1,000 murid Tabika Perpaduan Daerah Klang sambut ambang Hari Kebangsaan dengan suasana penuh ceria, warna-warni

Klang

Kemeriahan sambutan ambang hari kebangsaan negara disambut penuh ceria dan warna-warni oleh 1,000 murid Tabika Perpaduan Daerah Klang di Stadium Kota Raja, semalam.

Pegawai Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Klang, Syahilawan­i Nordin berkata, usaha murni itu bertujuan menanamkan rasa cinta tanah air kepada kanak-kanak sejak usia muda.

“Kita melaksanak­an aktiviti seumpama itu setiap tahun supaya kanak-kanak seawal usia empat hingga enam tahun dapat menghayati erti kemerdekaa­n sebenar.

“Namun, kali ini sambutan sambutan lebih meriah kerana mempunyai bendera Jalur Gemilang sepanjang 60 meter,” katanya.

Kata Syahilawan­i, bagi merealisas­ikan konsep bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa, semua 31 tabika itu membuat persembaha­n bagi menggambar­kan suasana Hari Kebangsaan yang disambut pada 1957.

Sementara itu, Guru Tabika Perpaduan Jalan Yadi Sungai Bertik A, Norlela Abd Rahman, 46, berkata persembaha­n muridnya yang mengetuai perbarisan dengan menaiki permainan motosikal polis mempunyai maksud patriotik tersendiri.

“Dalam persembaha­n itu, kami ingin mereka faham mengenai keperluan penguatkua­sa undang-undang bagi mengekalka­n keamanan dan keselamata­n rakyat.

“Ia turut memupuk sikap positif dan semangat perpaduan sesama murid selain memberi kesedaran mengenai kepentinga­n kesepakata­n masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa dalam satu negara, ” katanya.

Semua 30 murid yang mewakili skuad Tabika Zon

Empat itu menjuarai persembaha­n terbaik sempena sambutan program berkenaan.

 ??  ?? ACARA sekitar Sambutan Hari Kebangsaan Tabika Perpaduan Daerah Klang 2017.
MURID, guru serta ibu bapa kibar Jalur Gemilang sepanjang 60 meter. MURID serta ibu bapa mengibarka­n Jalur Gemilang sambil menyanyika­n lagu patriotik pada Sambutan Hari...
ACARA sekitar Sambutan Hari Kebangsaan Tabika Perpaduan Daerah Klang 2017. MURID, guru serta ibu bapa kibar Jalur Gemilang sepanjang 60 meter. MURID serta ibu bapa mengibarka­n Jalur Gemilang sambil menyanyika­n lagu patriotik pada Sambutan Hari...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia