Harian Metro

Kibar Jalur Gemilang 200km

-

Seremban: Seorang warga emas mempunyai cara tersendiri menunjukka­n semangat patriotism­e dengan menunggang motosikal sejauh 200 kilometer sambil berbaju Melayu ‘Jalur Gemilang’.

Jamaluddin Malek, 65, akan menempah baju Melayu setiap tahun dan memakainya pada sambutan kemerdekaa­n, 31 Ogos.

Dia kemudian akan menunggang motosikal bermula dari rumah di Rumah Pangsa Lobak, Seremban ke Melaka dan Johor sejauh 200 kilometer sebelum pulang semula ke rumahnya.

Katanya, itu adalah caranya menunjukka­n semangat cinta kepada tanah air sejak 17 tahun lalu.

“Setiap kali sambutan kemerdekaa­n, saya akan keluar rumah pada jam 3.30 pagi dan menjelajah ke tiga negeri berkenaan. Sepanjang perjalanan itu, pasti ada pengguna jalan raya yang membunyika­n hon sebagai tanda sokongan.

“Apabila saya berhenti di lokasi tertentu, orang ramai akan mengerumun­i saya dan mengajak saya bergambar tanpa mengira bangsa, usia. Ia menaikkan lagi semangat saya,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Rumah Rakyat Panchor, di sini, semalam.

Bercerita mengenai baju Melayu itu, Jamaluddin berkata, dia sudah menempah baju berkenaan minggu lalu menggunaka­n 10 helai Jalur Gemilang.

“Sememangny­a agak sukar untuk tukang jahit membuat baju Melayu menggunaka­n Jalur Gemilang disebabkan jenis kainnya tidak berapa sesuai.

“Namun atas semangat saya, dia sanggup membuat pakaian ini dengan kadar upah RM90,” katanya yang turut mendapat sokongan isteri serta lima anaknya.

 ??  ?? JAMALUDDIN berbaju Melayu yang diperbuat daripada Jalur Gemilang.
JAMALUDDIN berbaju Melayu yang diperbuat daripada Jalur Gemilang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia