Harian Metro

Alih-alih jumpa dalam longkang “I

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

ngatan abang memang tidak berapa baik dan kehilangan­nya semalam (kelmarin) adalah kali kedua,” kata Md Rasid Ismail, 65, berhubung kehilangan abangnya, Omar, 77.

Difahamkan kejadian terbaru berlaku selepas abangnya keluar berjalan seorang diri dipercayai untuk pergi minum dan bersarapan di warung di Kampung Butut, di sini, kelmarin.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku April lalu apabila abangnya ditemui tersesat di Kampung Tanggol.

“Dalam kejadian terbaru, abang mendakwa mahu pergi ke warung berdekatan rumahnya kira-kira jam 7 pagi sebelum berpatah balik selepas mendapati warung itu ditutup.

“Dalam perjalanan pulang dia dipercayai tersalah masuk lorong di kampung.

“Jiran saya sempat beritahu kepadanya (Omar) supaya mengambil lorong bersebelah­an sekiranya ingin pulang ke rumah namun akibat penyakit nyanyuk menyebabka­n dia melalui jalan salah,” katanya di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, dia bersama penduduk kampung dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berusaha mencari abangnya. Katanya, dia meredah laluan berpaya dan belukar di sekitar kampung, tetapi tidak berhasil sebelum abangnya ditemui di dalam longkang.

“Abang saya dikatakan terkejut kerana melihat beberapa individu memikat burung sebelum dia berlari dan terjatuh ke dalam longkang di kawasan itu.

“Anggota bomba membawa abang saya ke Hospital

 Warga emas ditemui tidak bermaya selepas lupa jalan pulang

Hulu Terengganu (HHT) dan dia dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar,” katanya.

Sementara itu, Komandan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hulu Terengganu Pegawai Bomba Kanan II Zuraidi Mohd Yusof berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak bermaya di dalam longkang.

Menurutnya, mangsa ditemui selepas pihaknya menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat selama sembilan jam yang turut disertai polis serta penduduk kampung.

“Mangsa ditemui tidak bermaya dan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat Omar yang ditemui dalam longkang di Jalan Bukit, Kampung Butut, Kuala Berang.
ANGGOTA bomba mengangkat Omar yang ditemui dalam longkang di Jalan Bukit, Kampung Butut, Kuala Berang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia