Harian Metro

Dua masih hilang jaring terlalu berat

-

Batu Pahat: Dua sahabat dikhuatiri lemas manakala seorang lagi terselamat sejurus bot dinaiki karam di Empangan Bekok, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, dalam kejadian itu, mangsa, C Dava Rajan, 16, terselamat manakala rakannya yang masih hilang dikenali sebagai A Tamil Selvam, 19, dan R Kaalichara­n Sam, 28.

Beliau berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada jam 3.15 pagi melalui talian kecemasan 999 berhubung kejadian bot karam itu.

“Empat anggota polis Balai Polis Yong Peng bersama dua anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) segera ke lokasi untuk membuat tinjauan.

“Mangsa terselamat mendakwa bot gentian kaca dinaiki karam akibat jaring ikan terlalu berat.

“Mangsa terselamat berjaya berenang ke tebing empangan manakala nasib dua lagi mangsa tidak diketahui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng Mohd Asroy Mohd Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.56 pagi sebelum ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa terselamat dibawa naik ke jeti pada jam 5.34 pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan membabitka­n kekuatan 28 anggota bomba termasuk Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dari BBP Kluang, Tebrau, Segamat, Muar dan Bukit Gambir,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN SAR menjalanka­n
kerja-kerja mencari di Empangan Bekok.
PASUKAN SAR menjalanka­n kerja-kerja mencari di Empangan Bekok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia