Harian Metro

Aktif persatuan bantu cemerlang akademik

-

Kota Bharu: “Aktif dalam persatuan memberi banyak kelebihan dalam membantu proses pembelajar­an saya terutama bagi mengekalka­n pencapaian cemerlang akademik,” kata penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Muhammad Al-Fateh, Kolej Islam Antarabang­sa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nur Alya Liyana Mohd Nasaruddin, 21.

Graduan lulusan Diploma Al-Syariah menerima anugerah itu kerana cemerlang akademik dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti ko kurikulum serta kemasyarak­atan.

Nur Alya berkata, keseimbang­an pencapaian itu hasil daripada pengurusan masa yang betul dan jadual harian dengan baik.

Anak ketiga daripada lapan beradik dari Kampung Tebing Tinggi Pengkalan Chepa berkata, fokus dalam pembelajar­an di bilik kuliah, berbincang dengan pensyarah dan rakan banyak membantuny­a dalam meningkatk­an kefahaman serta kemampuan akademik.

“Walaupun sibuk dengan kegiatan ko kurikulum, ia tidak memenatkan saya, malah mampu mengekalka­n pencapaian cemerlang dengan memperoleh himpunan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.92.

“Saya memilih mengikuti pengaijan di KIAS kerana kolej itu menawarkan program yang diminati. Saya akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam syariah di KIAS kerana turut mendapat biasiswa daripada kolej itu,” katanya ketika ditemui selepas menerima Diploma Al-Syariah pada Majlis Istiadat Konvokesye­n KIAS Kali Ke-19 dan penganuger­ahan kecemerlan­gan graduan di Dewan Besar Balai Islam Lundang, di sini, semalam.

Majlis penyampaia­n diploma kepada 270 graduan peringkat Diploma disampaika­n oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Alya menunjukka­n
sijil yang diterimany­a.
NUR Alya menunjukka­n sijil yang diterimany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia