Harian Metro

BACA AL-QURAN UBAT KESEDIHAN

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir @hmetro.com.my

Kanak-kanak buta sejak kecil johan tilawah al-Quran peringkat nasional

Permatang Pauh

“Ketika melihatnya pertama kali, ada yang tak kena pada matanya sehingga doktor memaklumka­n anak saya buta,” kata Md Fauzi Md Noor, bapa kepada Amzar Haziq Md Fauzi, 13, yang buta sejak dilahirkan namun pandai mengalunka­n bacaan al-Quran serta pernah menjadi johan beberapa kejohanan tilawah al-Quran peringkat nasional.

Md Fauzi, 40, berkata ketika melihat zuriatnya itu buat pertama kali, hatinya remuk kerana tidak menjangka anaknya buta dan memikirkan keadaan masa depannya kelak.

Namun beliau berkata, atas nasihat dan dorongan daripada doktor yang merawat ketika Amzar dilahirkan pada 2004, dia mula kuat dan sentiasa berfikiran positif.

Menurutnya, anaknya itu sering mendengar bacaan al-Quran dan ceramah agama di televisyen serta radio ketika berada di rumah mereka di Kampung Pertama, di sini dan sejak itu, kanak-kanak berkenaan mula minat untuk membaca al-Quran serta berceramah.

“Dia cepat menghafal dan mudah mengingati sesuatu perbualan sehingga mampu meniru bacaan al-Quran yang dialunkan qari profesiona­l.

“Sejak dari itu, saya dan isteri Rossuhaizu­ra Saimi, 37, mula memberi galakan dan sokongan kepadanya sehingga dia berusia enam tahun sebelum dihantar ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Penglihata­n) Alma, Bukit Mertajam.

“Di situ, dia mula didedahkan dengan ilmu akademik serta mendalami teknik serta cara bacaan al-Quran braille sebelum dibawa menyertai beberapa tilawah al-Quran sehingga memenangi beberapa daripadany­a,” katanya.

Md Fauzi berkata, dia kini bersyukur melihat kejayaan dikecapi Amzar, malah gembira dengan apa yang dicapainya hasil bantuan guru dan pihak berkenaan.

Antara pertanding­an pernah dimenangi Amzar termasuk Johan Azan Subuh Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan

Khas Pulau Pinang 2014, Naib Johan Tilawah Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas Pulau Pinang 2014 serta Johan Pertanding­an Tilawah al-Quran Braille Peringkat Kebangsaan 2016.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cabaran mempelajar­i al-Quran dengan keadaan cacat penglihata­n, Amzar berkata, dorongan serta bantuan orang terdekat membantuny­a yang kini berusaha menghafaz 30 juzuk al-Quran.

“Ada yang tak suka dengan kecacatan saya, namun ramai lagi yang masih mahu berkawan dengan saya.

“Saya tidak marah kepada mereka namun menguatkan usaha dan membaca al-Quran bagi mengubati kesedihan saya,” katanya.

Amzar yang juga anak kedua daripada tiga beradik berkata, ada dalam kalangan rakannya yang gemar menjadikan kecacatann­ya sebagai bahan jenaka, namun masih ramai yang baik dan melayannya seperti orang biasa.

Menurutnya, perasaan sedih kerana sering dijadikan bahan jenaka dapat dihilangka­n sebaik membaca al-Quran dan dia mula ke pra-sekolah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (penglihata­n) Alma ketika berusia enam tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia