Harian Metro

Sebak terima sijil hafiz anak terlantar kemalangan

-

Kota Bharu: Perasaan sebak menyelubun­gi seorang bapa selepas menerima sijil hafiz anaknya yang masih terlantar di hospital selepas terbabit dalam kemalangan sebuah van di Kampung Telekong, Kuala Krai, Jun lalu.

Mohd Izahir Kassim, 49, mewakili anaknya, Muhammad Faiz

Hafizuddin, 17, yang juga pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kampung Tualang, Kuala Krai.

Selepas kemalangan itu, Muhammad Faiz dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana cedera di bahagian tulang belakang.

Mohd Izahir berkata, dia mewakili anaknya menerima sijil tahfiz itu di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil, Kedah semalam, bersempena dengan Konvokesye­n

Huffaz Permata al-Quran 2017 yang menghimpun­kan 700 graduan tahfiz seluruh negara.

Katanya, rasa sebak mula hadir apabila giliran anaknya naik ke pentas untuk menerima sijil berkenaan “Saya terbayangk­an kegembiraa­n jika anak saya sendiri yang mengambiln­ya. Tetapi apakan daya kerana Angah (Muhammad Faiz) masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Ramai rakannya datang dan bertanyaka­n perkembang­an Angah. Masing-masing mendoakan supaya dia kembali pulih,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau yang dalam perjalanan pulang Kelantan berkata, dia tidak sabar untuk menunjukka­n sijli tahfiz itu kepada Muhammad Faiz kerana sejak kebelakang­an ini anaknya itu sudah mula menunjukka­n tindak balas positif.

Menurutnya, anaknya itu

turut menjalani pembedahan untuk menutup kebocoran yang berlaku antara saluran pernafasan dengan saluran pemakanan.

Katanya, anaknya itu sudah membuka mata sejak beberapa minggu lalu sebagai tanda faham akan sesuatu perkara.

“Saya mengajarny­a cara sebegitu bagi memudahkan kami berinterak­si dan ia berkesan kerana Angah memejam kelopak mata setiap kali dia faham atau mengiyakan sesuatu perkara,” katanya.

Harian Metro melaporkan, van Maahad Tahfiz Al-Hashimi yang membawa 12 pelajar tahfiz dan dua guru untuk ke program tafsir dan bacaan al-Quran di Kota Bharu, terbabas lalu merempuh sebuah rumah di Kilometer 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai, kejadian awal Jun lalu.

Kemalangan itu menyebabka­n tujuh pelajar tahfiz maut dan tujuh mangsa yang lain cedera serta menerima rawatan di hospital.

 ??  ?? MOHD Izahir menunjukka­n gambar anaknya sebelum terlantar di HUSM.
MOHD Izahir menunjukka­n gambar anaknya sebelum terlantar di HUSM.
 ??  ?? MUHAMMAD Faiz yang masih dirawat di HUSM Kubang Kerian, Kota Bharu.
MUHAMMAD Faiz yang masih dirawat di HUSM Kubang Kerian, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia