Harian Metro

Buntu cari isteri hilang dua tahun lalu

-

Sungai Petani: Seorang lelaki bukan saja kehilangan dua anak, malah isterinya menghilang­kan diri dipercayai mengikut teman lelaki sejak dua tahun lalu.

Muhammad Saiful Rosli, 30, dari Bedong, di sini, berkata, dia sudah berputus harap mencari isteri, Siti Fatimah Malani Abdullah, 30, yang juga seorang mualaf dan anak mereka yang sehingga kini tidak diketahui lokasi mereka.

“Saya dapat tahu selepas keluar dari rumah kami di Taman Seri Bayu, dekat Sungai Lalang pertengaha­n 2015, dia (isteri) tinggal bersama teman lelaki sekitar Selangor dan dua anak kami berusia tujuh dan dua tahun namun lokasinya tidak tahu di mana. Puas saya cuba mencari, tetapi gagal.

“Saya juga berusaha mengesanny­a melalui ahli keluarga, tapi tidak berjaya. Malah, tiga surat yang dihantar kepadanya juga tiada sebarang maklum balas,” katanya ditemui, di sini, semalam.

Menurut Muhammad Saiful, dia turut merujuk kesnya ke Pejabat Agama dan satu surat dikeluar oleh pihak berkenaan yang meminta isterinya hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Muda di sini hari ini bagi perbicaraa­n kes perceraian.

“Hakim akan membuat keputusan pada hari ini juga mengenai perkahwina­n kami. Jadi saya berharap dia dapat hadir untuk menyelesai­kan hal ini,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, mereka berkahwin pada Ogos 2008 dan selepas itu tinggal di Taman Seri Bayu.

“Namun pada Oktober 2015 isteri keluar rumah bersama dua anak lelaki sebelum diambil seorang lelaki India dan sejak itu dia terus menghilang­kan diri,” katanya.

 ??  ?? SITI Fatimah Malani
SITI Fatimah Malani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia