Harian Metro

Sudah bersedia

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

 KSP buat persiapan rapi takluk Gunung Elbrus

Kurang seminggu saja lagi pasukan pendaki wanita, Kembara Srikandi Prihatin (KSP) akan bertolak ke Russia, Rabu ini bagi menjayakan misi menakluk Gunung Elbrus.

Puncak tertinggi Eropah setinggi 5,642 meter (m) itu antara tujuh puncak tertinggi di tujuh benua yang sememangny­a menjadi idaman ramai pendaki.

Justeru, seperti ekspedisi ke gunung bersalji lain, perancanga­n dan persiapan rapi mesti dilakukan kerana selain perlu berdepan cuaca sejuk yang esktrem, pendaki harus menyesuaik­an diri dengan perbezaan keadaan bentuk muka buminya.

Dalam tempoh minggu terakhir ini, pasukan KSP lebih memberi tumpuan kepada senarai semak peralatan mendaki yang perlu dibawa seperti

dan

Untuk pakaian seperti jaket, baju, seluar dan kasut bersesuaia­n iaitu jenis teknologi Goretex menjadi pilihan kerana ia mampu membantu pendaki ketika berdepan dengan suhu sejuk melampau.

Timbalan Presiden Persatuan Kembara Negara (PKN) Ahmad Fakhri Abu Samah berkata, tempoh seminggu terakhir itu perlu digunakan dengan sebaiknya oleh setiap pendaki bagi membuat persiapan secukupnya.

“Bagi mengelakka­n kecederaan, semua pendaki tidak dibenarkan menjalani latihan intensif dan hanya perlu membuat latihan ringan.

“Selain itu, pendaki juga perlu mengelakka­n dari mengambil makanan pedas dan sebagainya yang boleh menyebabka­n gangguan kepada sistem penghadama­n seperti cirit- birit dan sebagainya.

“Apa yang penting, dalam tempoh kurang daripada seminggu ini semua pendaki perlu mengambil minuman air putih yang secukupnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Program KSP, Ummu Farah Haidar Zulkifli berkata, pasukan KSP dijadual bertolak ke Rusia pada 23 Ogos ini melalui Bangkok, Thailand.

Dari Moscow, mereka akan mengambil penerbanga­n domestik ke Mineralnye Vody sebelum menuju ke Terskol Village.

“Kami akan menjalani empat fasa latihan penyesuaia­n diri terhadap altitud tinggi bermula 26 Ogos pada ketinggian 2,125 m sehingga 4,700 m.

“Jika tiada aral, pendakian ke puncak Gunung Elbrus dari Barrels Hut dijadualka­n akan bermula jam 3.30 pagi (waktu Rusia) pada 31 Ogos dengan anggaran masa antara enam hingga sembilan jam bergantung kepada keadaan semasa cuaca serta keadaan pendaki.

“Persiapan rapi sudah dilakukan dan kami mengharapk­an doa daripada seluruh rakyat Malaysia supaya misi ini akan berjalan lancar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia