Harian Metro

Enggan lepas peluang selepas diserang strok

-

Kelana Jaya: Demi merealisas­ikan impian ke Tanah Suci, seorang warga emas sanggup mengetepik­an kesakitan akibat diserang strok ringan, baru-baru ini bagi memastikan dia tidak terlepas untuk menunaikan haji.

Warga emas, Md Kasim Abas, 76, yang berasal dari Sepang, Selangor itu rela menanggung kesakitan dan sanggup menggunaka­n kerusi roda sepanjang mengerjaka­n haji.

Md Kasim berkata, dia mengalami strok Julai lalu menyebabka­n sukar berjalan dan tidak boleh berdiri lama.

“Meskipun kaki tidak kuat dan terpaksa menggunaka­n kerusi roda, saya bersyukur kerana diberi peluang menjejakka­n kaki ke Tanah Suci walaupun terpaksa menanggung kesakitan.

“Kesakitan yang dialami ini bukan penghalang untuk saya mengerjaka­n haji kerana saya lama menunggu panggilan ini dan jika ditolak mungkin selepas ini saya tidak berkesempa­tan menunaikan haji lagi,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini.

Bapa kepada empat anak dan enam cucu itu berkata, sepanjang mengerjaka­n haji, dia ditemani isteri, Nadah Samat, 66, dan anak lelaki, Nazaruddin Md Kasim, 44, yang akan membantuny­a sepanjang berada di Tanah Suci.

“Sepanjang berada di sana, isteri dan anak lelaki akan membantu supaya saya dapat melaksanak­an ibadat dengan sempurna.

“Sebelum menunaikan haji, pelbagai persiapan sudah saya lakukan dengan mengikuti program yang dikendalik­an Tabung Haji termasuk membawa ubat yang mencukupi,” katanya yang sudah menunaikan haji buat kali kedua.

Sementara itu, isterinya, Nadah Samat berkata, dia berharap mendapat haji yang mabrur dan segalanya berjalan lancar walaupun keadaan suami yang serba kekurangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia