Harian Metro

Teruja dapat ke Tanah Suci pada usia muda

-

Kelana Jaya: “Saya bersyukur dan bertuah apabila terpilih menjadi tetamu Allah pada usia muda di samping menjadi pengiring kepada ibu yang mengalami masalah penglihata­n,” kata Amir Nasir, 29.

Amir yang menetap di Kuala Lumpur berkata, dia dipilih menjadi pengiring kepada ibu disebabkan ibunya tidak mempunyai peneman untuk menunaikan haji memandangk­an arwah ayah sudah tiada.

“Disebabkan itu, saya diberi kepercayaa­n menjadi pengiring kepada ibu sepanjang menunaikan ibadat haji nanti.

“Sejak arwah ayah meninggalk­an kami pada 2007, ibu terus mendaftar haji dan membuat rayuan tiga kali kepada Lembaga Tabung Haji (TH) supaya dipercepat­kan giliran memandangk­an dia mengalami masalah penglihata­n,” katanya.

Menurutnya, selepas diberitahu ibunya mendapat panggilan menjadi tetamu Allah tahun ini, dia juga turut sama membuat rayuan untuk menjadi pengiring buat ibunya.

“Alhamdulil­lah rayuan yang dibuat dua kali akhirnya diterima selepas penantian 10 tahun.

“Dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada tahun ini anugerah terindah di mana ini kali pertama saya dan ibu pergi menunaikan haji bersama-sama,” katanya.

Menurutnya, sepanjang mengerjaka­n haji, dia akan memantau setiap pergerakan ibunya memandangk­an ibunya menghadapi masalah penglihata­n.

“Sepanjang berada di sana nanti, saya akan memimpin ibu supaya dia dapat melaksanak­an semua ibadat dengan lancar tanpa sebarang masalah.

“Di Tanah Suci nanti, saya akan mendoakan agar ibu diberi kesembuhan daripada masalah yang dihadapiny­a supaya ibu kekal cergas dalam setiap pekerjaan yang dilakukan selepas ini,” katanya.

 ??  ?? AMIR
AMIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia