Harian Metro

‘Ia tidak disengajak­an’

-

Teluk Intan: “Saya percaya ia tidak disengajak­an dan semua pihak harus berfikiran terbuka,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kedudukan warna bendera Indonesia yang terbalik dalam buku cenderamat­a Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurut Ahmad Zahid perkara itu dilakukan tanpa niat buruk atau mengaibkan mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di Dewan Bandaran Teluk Intan, semalam.

Hadir sama Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin. Isu berkenaan menimbulka­n pelbagai tanggapan dan menjadi kecaman netizen dari negara berkaitan.

Terdahulu, Malaysia turut memohon maaf secara rasmi terhadap rakyat Indonesia berikutan isu kedudukan warna bendera negara itu yang terbalik dalam buku cenderamat­a Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur.

Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) menerusi satu kenyataan, malam tadi menyatakan permohonan maaf itu atas kesilapan tidak disengajak­an.

MACOC menjelaska­n, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan membuat kunjungan ke atas rakan sejawatnya, Imam Nahrawi untuk sekali lagi mohon maaf bagi pihak MASOC.

 ??  ?? AHMAD Zahid pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di Dewan Bandaran Teluk Intan, semalam.
AHMAD Zahid pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di Dewan Bandaran Teluk Intan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia