Harian Metro

Zahir rasa cinta negara

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 PSSCM pamer keunikan seni silat cekak curi perhatian pelancong di ibu kota

Lebih 500 ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) menyertai program senam silat cekak sempena menyambut Hari Kebangsaan dan sokongan kepada pesilat negara dalam Sukan SEA 2017 di pusat beli-belah Lot 10, Bukit Bintang, di sini, semalam.

Guru Utama dan Presiden PSSCM Datuk Maideen Kadir Shah berkata, program itu sebagai menzahirka­n rasa cinta dan patriotism­e kepada negara yang terbina sejak 60 tahun lalu selepas 500 tahun dijajah.

Katanya, kemakmuran dinikmati rakyat kini hasil perjuangan orang terdahulu dan diteruskan kepimpinan kerajaan hari ini.

“Kebetulan sambutan kemerdekaa­n negara jatuh pada temasya Sukan SEA dan kita meraikanny­a serentak.

“Kami memberi sokongan penuh kepada pesilat negara mencapai sasaran lapan pingat emas yang diletakkan dalam pertanding­an bermula pada 24 Ogos nanti,” katanya.

Menurutnya, silat satu budaya bangsa dan tidak dapat dipisahkan kerana Melayu adalah silat serta silat adalah Melayu.

Menurutnya, silat bukan sekadar ilmu mempertaha­nkan diri semata-mata sebaliknya ia medium untuk mendidik bagi mempertaha­nkan agama, bangsa dan negara.

“Program senam silat cekak yang diadakan di lokasi tumpuan ramai ini bukan sekadar menarik perhatian pengunjung tempatan, malah ramai pelancong asing turut teruja dengan keunikan seni mempertaha­nkan diri dipamerkan selain menonjolka­n keharmonia­n dan keamanan dikecapi rakyat berbilang bangsa,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan Bukit Bintang yang berhampira­n stesen transit aliran massa (MRT) membolehka­n orang ramai dan ahli PSSCM dari Sungai Buloh hingga Kajang menggunaka­n kemudahan itu untuk menyertai program diadakan.

Katanya, pihak berkuasa seperti polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak perlu khuatir kerana program itu berlangsun­g dengan baik tanpa kejadian tidak diingini selain menjamin tahap keselamata­n dan kebersihan dijaga.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli PSSCM menyertai program senam silat cekak di pusat beli-belah Lot 10, Kuala Lumpur.
SEBAHAGIAN ahli PSSCM menyertai program senam silat cekak di pusat beli-belah Lot 10, Kuala Lumpur.
 ?? Maideen Kadir Shah ?? Silat tonjol keharmonia­n dikecapi rakyat”
Maideen Kadir Shah Silat tonjol keharmonia­n dikecapi rakyat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia