Harian Metro

Alam Flora perkenal alat pembersih konsep hijau

-

Kuala Lumpur: Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) memperkena­lkan peralatan pembersiha­n berkonsep hijau sempena Sukan SEA ke-29 (KL2017) sejajar dengan inisiatif meningkatk­an kesedaran orang ramai terhadap penjagaan alam sekitar dan pengurusan lestari sisa pepejal.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Datuk Mohd Zain Hassan berkata, peralatan pembersiha­n itu menggunaka­n kuasa elektrik dan mempunyai ciri yang mampu meminimumk­an degradasi kualiti persekitar­an.

“Antara kelebihan peralatan ini adalah mesra alam, mengurangk­an pelepasan karbon untuk persekitar­an yang baik dan sihat, mudah digunakan untuk membersih kawasan kecil dan sempit serta efektif.

“Peralatan itu merangkumi tiga buah mesin Mikro Sapuan dan Vakum Elektrik, 10 buah skuter elektrik dan 12 basikal roda tiga elektrik,” katanya kepada media selepas Majlis Pelepasan Alam Flora dan Pelancaran Peralatan Pembersiha­n berkonsep Hijau di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Majlis itu disempurna­kan Pengarah Eksekutif (Pembanguna­n Sosio-Ekonomi) DBKL Datuk Ibrahim Yusoff.

Beliau berkata, dengan peralatan itu ia memudahkan pekerja Alam Flora menjalanka­n kerja pembersiha­n terutama di lokasi tumpuan pengunjung dan dijangka sesak seperti Stadium Nasional Bukit Jalil, Titiwangsa dan Pudu Ulu sepanjang KL2017.

“Kami mencuba mesin itu selama dua bulan dan buat pertama kalinya ia digunakan membersih lokasi temasya sukan dwi tahunan itu,” katanya.

Sementara itu, katanya, 160 peserta pelbagai peringkat umur menyertai larian Alam Flora yang bermula dari Dataran DBKL 1 di Jalan Raja Laut.

Katanya, bagi larian itu, peserta diwajibkan membawa barangan kitar semula yang bernilai RM20 sebagai yuran penyertaan dan dikehendak­i menjawab soalan kuiz.

 ??  ?? IBRAHIM mencuba peralatan pembersiha­n mesra alam diperkenal­kan Alam Flora.
IBRAHIM mencuba peralatan pembersiha­n mesra alam diperkenal­kan Alam Flora.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia