Harian Metro

Ikat jamin RM150,000

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad dibebaskan daripada tahanan reman semalam dengan wang jaminan RM150,000 berserta dua penjamin.

Perintah tamat reman dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamarudin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi memohon lanjutan reman.

Terdahulu Isa, 68, tiba di Mahkamah Majistret tiba di mahkamah jam 9.49 pagi diiringi lebih seratus penyokongn­ya selain isteri dan anak-anaknya.

Isa ditahan reman lima hari bermula 16 Ogos lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM berhubung isu salah guna kuasa bagi pembelian hotel oleh

di Kensington, London antara 2014 dan 2015.

Beliau ditahan SPRM pada jam 4.24 petang 15 Ogos lalu selepas hadir memberi keterangan berhubung isu berkenaan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Terdahulu, peguam bela Isa, Datuk K Kumaraendr­an berkata, pihak pendakwa raya memohon wang jaminan RM1 juta namun diberi pertimbang­an hakim kerana anak guamnya memberi kerjasama penuh kepada siasatan kes berkenaan.

Isa diwakili tujuh peguam iaitu Datuk K Kumaraendr­an, Dev Kumaraendr­an, Datuk N Sivanantha­n, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Ridha Ahdar, Lavina Kumarendra­n dan Ashraf Bapoo. Tinjauan Harian Metro di pekarangan mahkamah semalam mendapati lebih

 Isa dibebas daripada tahanan reman

100 penyokong dan pengikut Isa hadir memberi sokongan di atas pembebasan itu.

Laungan ‘Hidup Tan Sri’ turut kedengaran sebaik Isa keluar dari pekarangan mahkamah.

Media sebelum ini melaporkan syarikat Malaysia yang mengendali­kan urusan jual beli hotel di Kensington, London kepada FIC dikatakan memperoleh keuntungan RM78 juta dalam masa 24 jam.

Sejak SPRM memulakan siasatan skandal pembelian hotel FIC, lebih 29 individu dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan termasuk Pengarah FIC Datuk Nik Azman Mohamed Zain dan dua bekas ahli Lembaga Pengarah FIC iaitu Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Lima individu turut ditahan termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC serta mereka yang terbabit dalam pembelian hotel berkenaan.

 ??  ?? ISA tersenyum ketika keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
ISA tersenyum ketika keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia