Harian Metro

Insiden tiga dekad

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

 Kerajaan sedia tubuh RCI siasat tragedi berdarah Memali 1985

Kerajaan bersedia menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi berdarah Memali yang mengorbank­an 18 orang termasuk empat anggota polis pada 19 November 1985.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, RCI hanya ditubuhkan jika ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk parti pembangkan­g.

Katanya, RCI itu bagi membolehka­n gambaran sebenar diperoleh bagi memberikan keadilan kepada semua pihak terutamany­a mangsa.

“Biarpun permintaan daripada parti berbeza pegangan tetapi undang-undang mesti ditegakkan dan siasatan mesti dilakukan dan orang yang bertanggun­gjawab mesti dipertangg­ungjawabka­n,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Perbandara­n Taiping, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Husin Syed Abu Fasal.

Isu Memali timbul semula selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan enggan menjawab soalan mengenaika­nya dalam forum sehingga menimbulka­n kekecohan.

Berikutan itu, PAS menggesa kerajaan memohon maaf dan menubuhkan RCI kerana mendakwa kertas putih yang dikeluarka­n di Parlimen sebelum ini dikatakan tidak memberi gambaran sebenar kejadian itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau ada membaca dengan teliti buku

tulisan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengenai peristiwa Memali.

Katanya, Musa menyatakan beliau diberi maklumat salah mengenai situasi di lokasi kejadian iaitu ada unsur keganasan dan militan sebelum arahan dikeluarka­n supaya pasukan keselamata­n bertindak.

“Ini peringatan buat kita, apabila ada kuasa jangan menzalimi sesiapa, jangan salahguna undang-undang, jika dulu kita durian, apabila sudah jadi tempoyak, maka penyesalan sudah tiada ertinya. Fahami doa orang yang teraniaya, tiada hijab dengan Allah,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut meluluskan peruntukan RM2 juta untuk membina dewan serbaguna, bantuan sekolah agama rakyat (RM1 juta) serta geran bantuan pelajar sekolah (RM128,300) di Bukit Gantang.

 ??  ?? AHMAD Zahid ketika hadir ke majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Majlis Perbandara­n Taiping.
AHMAD Zahid ketika hadir ke majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Majlis Perbandara­n Taiping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia