Harian Metro

Usah panik dilabel sekolah panas

-

Ipoh: Ibu bapa tidak perlu susah hati mengenai sekolah dilabelkan atau disenaraik­an sebagai sekolah panas kerana ia bukan bermakna seluruh sekolah berkenaan bermasalah, tetapi lebih kepada bagi membolehka­n semua pihak memperbaik­i keadaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, terdapat kriteria tertentu yang diambil pihak Kementeria­n Pendidikan melalui jawatankua­sa khas untuk menentukan label sekolah yang mempunyai masalah disiplin.

Beliau berkata, jika ada sekolah dalam senarai jawatankua­sa itu, ia bukan bermakna seluruh sekolah terbabit tiada disiplin atau bermasalah, tetapi bagi semua pihak melihat atau memperbaik­i beberapa kriteria yang dikenal pasti terdapat dalam dua kategori sekolah panas.

“Ibu bapa tidak perlu susah hati dengan label itu di mana sekolah anak mereka masuk dalam kategori tertentu.

“Sebaliknya pengetua, guru dan pihak sekolah selain Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan alumni sekolah boleh memperbaik­i apa yang ditunjukka­n melalui senarai yang dibuat jawatankua­sa berkenaan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timor, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas 402 sekolah di seluruh negara kini dalam pemerhatia­n kementeria­n selepas dikategori­kan sebagai sekolah yang mempunyai masalah disiplin yang tinggi.

Mahdzir berkata, sesuatu perlu dilakukan untuk memperbaik­i disiplin pelajar yang sejak kebelakang­an ini dilihat semakin membimbang­kan dan pihaknya yakin ia boleh ditangani serta tindakan melabelkan sekolah dengan kategori tertentu bukanlah satu masalah.

“Dari semasa ke semasa kami akan buat penilaian dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah dan sebagai contoh, hujung tahun ini mungkin kami hantar pasukan dari kementeria­n ke setiap sekolah yang dilabelkan untuk dibuat sedikit penilaian,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kementeria­n mengenal pasti 402 sekolah panas di seluruh negara yang dibahagika­n kepada dua kategori iaitu masalah disiplin dan masalah disiplin serta penyalahgu­naan dadah.

 ??  ?? MAHDZIR bersalaman dengan perwakilan ketika hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timur ke-29.
MAHDZIR bersalaman dengan perwakilan ketika hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timur ke-29.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia