Harian Metro

Kempen kesedaran ancaman jenayah

-

Kuala Lumpur: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan mengadakan lebih banyak kempen di seluruh negara bagi membantu meningkatk­an kesedaran mengenai ancaman jenayah dalam kalangan warga emas.

Naib Pengerusi Kanannya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, MCPF negeri bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengadakan kempen keselamata­n dan pencegahan jenayah di setiap negeri bagi memastikan maklumat dapat disampaika­n ke semua kawasan termasuk luar bandar

Kata beliau, selain kempen, anggota keluarga juga perlu memainkan peranan dengan berkongsi maklumat mengenai aliran jenayah terkini dan modus operandi penjenayah, supaya warga emas tidak mudah menjadi mangsa.

Katanya, kesedaran itu penting kerana Malaysia akan menjadi ‘negara tua’ menjelang 2030, menurut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Selain itu, pihak berkuasa dan orang ramai juga harus memainkan peranan mereka untuk membantu mengurangk­an kes jenayah yang membabitka­n warga emas, terutama yang tinggal bersendiri­an.

“Ini kerana warga emas sememangny­a lebih lemah, tidak berupaya mempertaha­nkan diri dengan baik selain senang menjadi sasaran penjenayah kerana mudah percaya kepada orang tidak dikenali,” katanya selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Warga Kota: Elak Terpedaya Bertindak Bijak Untuk Warga Emas di Pusat Komuniti Gombak, semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah dan Pengerusi MCPF Kuala Lumpur, Bok Siew Mun.

Menurut Lee lagi, jumlah mangsa jenayah berusia 41 tahun ke atas hanya berkuranga­n 1.5 peratus pada tahun 2015 apabila 21,321 kes dilaporkan berbanding 21,649 kes pada tahun 2014.

 ??  ?? LEE (lima dari kiri) dan Mohd Shafei (empat dari kiri) bersama peserta di Seminar Pencegahan Jenayah di Pusat Komuniti Gombak KL.
LEE (lima dari kiri) dan Mohd Shafei (empat dari kiri) bersama peserta di Seminar Pencegahan Jenayah di Pusat Komuniti Gombak KL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia