Harian Metro

Serangan dikait keganasan cemar Islam

-

seharian di lokasi serangan terpaksa berdepan cemuhan sedangkan langsung tidak menyokong perbuatan seperti itu, namun merekalah yang akan dikenakan tekanan hebat dari segi sosial.

Di Barcelona - yang terkenal dengan toleransi tinggi penduduk berlainan agama - seorang imam dilaporkan mengaku jemaahnya kurang daripada biasa susulan serangan berkenaan dipercayai kerana ramai yang takut menjadi sasaran.

Pemimpin dan selebriti dunia termasuk bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, bekas pemimpin Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan penyanyi Jennifer Lopez turut menyuaraka­n kesedihan atas kejadian serta sokongan kepada penduduk Sepanyol.

Dan tidak ketinggala­n, Presiden AS Donald Trump yang cepat saja menyelar keganasan berkenaan sedangkan dia dikritik di negara sendiri kerana dilihat gagal mengecam serangan rempuhan di Charlottes­ville beberapa hari sebelumnya.

Sejurus selepas berita serangan Barcelona tersebar, Trump menyuaraka­n rasa simpati dalam pesanan ringkas di Twitter. Namun ini disusuli pula yang kedua, tidak sampai sejam kemudian, terus menuding jari ke arah golongan Muslim radikal.

Sungguh berbeza dengan reaksinya terhadap serangan di Charlottes­ville yang mengakibat­kan seorang wanita maut dan puluhan lain cedera dilaksanak­an seorang lelaki kulit putih ‘white supremacis­t’ (menganggap golongan itu terhebat) terhadap kumpulan yang secara dasarnya menentang pendirian seumpama itu.

Ketika itu, Trump bukan saja tidak menyelar pergerakan fasis atau berunsur ‘supremacis­t’ malah mendakwa kedua-dua pihak menyumbang kepada kejadian. Yelah, kerana tiada orang Islam terbabit, bukan?

 ??  ?? PASUKAN paramedik membantu mangsa yang dilanggar van suspek di Barcelona.
PASUKAN paramedik membantu mangsa yang dilanggar van suspek di Barcelona.
 ??  ?? SUSPEK serangan di Finland dtahan polis.
SUSPEK serangan di Finland dtahan polis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia