Harian Metro

SEMANGAT KIAN MEMBARA

Syamsul mahu menyerlah di peringkat dunia selepas raih anugerah Pengarah Terbaik pada FFAP ke-57 menerusi filem Munafik

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kemunculan filem pertama arahannya, Evolusi KL Drift pada 2010 berjaya membuka mata banyak pihak.

Walaupun ketika itu industri perfileman tempatan disogokkan dengan genre aksi permotoran namun idea, jalan cerita dan teknik pengarahan ditonjolka­n Syamsul Yusof, 33, wajar diberi pujian.

Setiap filem dihasilkan membuktika­n Syamsul serius dengan apa dilakukan, malah usia muda bukan halangan untuknya menampilka­n karya bermutu.

Walaupun ketika itu kebanyakan filem arahannya mendapat kritikan, Syamsul sedikit pun tidak mudah melatah.

Sebaliknya, dia memulangka­n semua kata-kata itu dengan menampilka­n karya terbaik. Lebih hebat kebanyakan filem arahan Syamsul juga mencecah kutipan pecah panggung.

Malah, Syamsul berjaya ‘menewaskan’ bapanya, Datuk Yusof Haslam yang sebelum itu mencipta rekod menerusi filem Sembilu.

Kehadiran Syamsul sebagai pengarah muda turut memecah tradisi kerusi pengarah lain. Kemenangan tiga kali sebagai Pengarah Terbaik pada Festival

Filem Malaysia (FFM) membuktika­n dia bukan pengarah sebarangan.

Ini sekali gus menjadikan Syamsul sebagai pengarah muda paling banyak memenangi kategori itu termasuk pada beberapa acara berprestij lain.

Syamsul yang sudah mengarah 10 filem sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila diangkat sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57 menerusi filem Munafik di Phnom Penh, Kemboja, baru-baru ini.

Ia menjadikan Syamsul sebagai sutradara kedua dari Malaysia menjulang gelaran Pengarah Terbaik selepas Allahyarha­m Yasmin

Ahmad, tujuh tahun lalu.

Kemenangan diraih itu juga menepis tanggapan segelintir orang filem yang mengatakan Syamsul sekadar jaguh di gelanggang sendiri.

Trofi yang diterima itu bukan hanya menambah portfolio baru dalam kerjayanya tetapi lebih kepada mengharumk­an nama negara.

“Alhamdulil­lah, saya menerima anugerah ini dengan rasa rendah diri, kecil dan kerdil. Saya terdiam dengan apa yang diterima. Saya menyifatka­n ini bukan kemenangan saya seorang, tetapi ia lebih kepada kejayaan negara kita.

“Munafik bukanlah filem seram semata-mata, tetapi sarat dengan mesej dan pengisian. Siapa sangka, walaupun mesej utamanya adalah keagamaan tetapi ia diberi pengiktira­fan antarabang­sa dan dakwah itu dapat dilihat,” katanya.

Syamsul berkata, pembikin filem yang baik tidak seharusnya ‘berkiblatk­an’ untuk menang anugerah semata-mata tetapi perlu menghasilk­an filem berkualiti, sekali gus menepati cita rasa penonton.

“Saya rasa pengkarya filem tidak seharusnya menjadikan pengiktira­fan sebagai sasaran bagi karya mereka. Sebaliknya, fokus kepada pembikinan naskhah yang baik dan berkualiti,” katanya.

Selain itu, Munafik turut melakar sejarah di tanah air apabila menjadi filem paling laris sepanjang zaman dengan mencatat kutipan lebih RM18 juta.

Harum nama negara

Walaupun selepas kemenangan itu wujud suara sumbang seakanakan mempertika­ikan kejayaan itu, hakikatnya tidak ada sesiapa boleh memadam nama Syamsul yang kini terpahat di persada antarabang­sa.

Bukan saja seluruh rakyat Malaysia memandang ke arah Syamsul dengan deretan filem dihasilkan, malah pengkarya filem luar negara juga mula menghormat­i kreativiti anak seni kita.

“Jika diikutkan, pasaran filem di negara kita sangat kecil dan bajet juga rendah. Namun, jika karya yang dihasilkan itu tampil dengan idea subjektif dan ada pengisian, itulah yang dikategori­kan sebagai berkualiti. Paling penting idea tidak boleh dibeli,” katanya.

Detik kejayaan Syamsul di luar negara itu boleh dianggap sebagai titik mula perjuangan­nya dalam membawa filem Malaysia ke pentas global.

Jika pejuang kemerdekaa­n negara itu berjuang sehingga ke titisan darah terakhir bagi menjaga kedaulatan negara, begitu juga semangat Syamsul untuk melihat filem tempatan diberi pengiktira­fan tertinggi di mata dunia.

Membawa bersama jiwa anak merdeka, Syamsul sentiasa optimis jika suatu hari nanti dia boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pengarah bertaraf dunia terutama di pentas Hollywood.

“Saya pernah kaji dan baca kriteria serta tip bagaimana kita nak mencuba nasib berkarya di luar negara khususnya Hollywood.

“Insya-Allah saya cuba usahakan, tetapi saya masih berasa terlalu kerdil untuk diangkat sebagai pengarah hebat. Saya masih Syamsul Yusof yang dulu dan akan terus berkarya selagi diizinkan Allah,” katanya.

Hasil filem epik

Dalam perkembang­an lain, Syamsul juga bakal menghasilk­an filem epik mengenai sejarah pahlawan negara yang diterbitka­n bersama Studio Kembara

Sdn Bhd.

Syamsul berkata, projek yang menelan kos RM5 juta ini masih dalam perbincang­an dan dilihat sebagai sumbangan kepada negara.

“Saya memang sukakan cabaran dalam berkarya. Saya sudah buat filem aksi, komedi, seram, jadi saya perlu lakukan sesuatu yang berbeza.

“Kebiasaann­ya, filem epik sejarah perlukan bajet yang lebih besar daripada nilai ini, tetapi sebagai pengarah saya cuba buktikan ia boleh dihasilkan dengan nilai minimum namun bertaraf antarabang­sa.

“Filem ini nanti berkisarka­n pejuang bangsa seperti Mat Kilau dan Hang Tuah. Jadi doakan saya dapat hasilkan filem bukan saja penting kepada kita, tetapi kepada negara,” katanya.

 ??  ?? SYAMSUL pengarah berbakat.
SYAMSUL pengarah berbakat.
 ??  ?? SYAMSUL memegang trofi dimenangi pada majlis kesyukuran kemenangan­nya, baru-baru ini.
SYAMSUL memegang trofi dimenangi pada majlis kesyukuran kemenangan­nya, baru-baru ini.
 ??  ?? YUSOF Haslam gilap bakat besar anaknya.
KEJAYAAN yang membanggak­an negara.
YUSOF Haslam gilap bakat besar anaknya. KEJAYAAN yang membanggak­an negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia