Harian Metro

Kedudukan saf dalam solat berjemaah

-

Bagaimanak­ah kedudukan saf yang betul apabila seorang isteri solat berdua bersama suaminya?

Isu berkenaan disebutkan fuqaha apabila mereka membincang­kan berkenaan susunan saf di dalam solat yang membabitka­n orang lelaki, perempuan, khunsa dan kanak-kanak.

Antara dalil yang menjadi madar (ruang lingkup) perbahasan berkaitan isu itu adalah satu riwayat daripada

Anas bin Malik RA yang menyatakan yang maksudnya: Bahawa neneknya yang bernama Mulaikah menjemput Rasulullah SAW memakan makanan yang dimasaknya.

Maka Baginda pun menjamu makanan itu lalu bersabda: “Bangunlah untuk aku bersolat bersama kamu semua. Kemudian Rasulullah SAW berdiri untuk solat, lalu Baginda meletakkan aku dan seorang anak yatim di belakangny­a dan perempuan tua (nenek) di belakang kami. Kemudian baginda solat dua rakaat bersama kami dan seterusnya beredar. (Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarka­n hadis itu, terdapat beberapa faedah yang boleh difikirkan seperti berikut:

Hadis berkenaan menunjukka­n kepada keharusan solat sunat secara berjemaah.

Galakan kepada penghuni rumah untuk mengambil berkat dengan kehadiran orang soleh dan ahli ilmu dengan menunaikan solat di dalam rumah mereka.

Baginda SAW mahu mengajarka­n kepada mereka pergerakan­pergerakan solat. Begitu juga diajarkan pergerakan solat kepada orang perempuan.

Ini kerana sangat sedikit dan terbatas pergerakan solat yang dapat mereka pelajari daripada Rasulullah SAW ketika di masjid.

Maka apabila Baginda solat di rumah Mulaikah itu, beliau dapat melihat pergerakan solat, mempelajar­inya dan seterusnya mengajarka­nnya kepada orang lain.

Hadis itu juga menunjukka­n sahnya solat kanak-kanak yang mumayyiz. Ia turut menjelaska­n bahawa kanak-kanak turut mempunyai tempat di dalam saf.

Begitu juga orang perempuan berdiri di belakang orang lelaki ketika solat. Demikian beberapa faedah daripada hadis yang diistinbat­kan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahull­ah apabila mensyarahk­an hadis berkenaan. (Rujuk

Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi 5/293)

Justeru, jika seorang perempuan menjadi makmum kepada orang lelaki sama ada lelaki itu ayah, abang, adik atau suaminya, maka kedudukan saf bagi wanita itu adalah di belakang imam.

Ini juga bertepatan dengan nas yang diriwayatk­an Anas bin Malik RA yang maksudnya: “Sesungguhn­ya

Rasulullah SAW solat dengannya (Anas) bersama ibunya atau ibu saudaranya lalu Anas berkata: Baginda mendirikan aku di sebelah kanannya dan Baginda mendirikan orang perempuan di belakang kami.” (Riwayat Muslim)

Kata Imam Al-Nawawi Rahimahull­ah: Sekiranya yang hadir mengerjaka­n solat itu terdiri daripada orang lelaki, kanak-kanak, golongan khunsa serta orang perempuan, maka didahuluka­n orang lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian golongan khunsa, kemudian orang perempuan. (Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al Nawawi)

Dalam kenyataann­ya yang lain, Imam Al-Nawawi mengatakan: Para ashab kami mengatakan: Semuanya ini (susunan solat) hukumnya adalah mustahab (sunat) dan menyelisih­inya adalah makruh namun tidak membatalka­n solat.

Imam Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Hawi Al-Kabir (2/340)

menukilkan kenyataan Imam Al-Syafie yang berkata: Apabila seorang lelaki menjadi imam, maka makmum (lelaki) berdiri di bahagian kanannya. Sekiranya makmum itu khunsa musykil atau perempuan maka setiap seorang daripada mereka berdiri di belakangny­a (imam) secara bersendiri­an.

Sekiranya seorang lelaki menjadi imam kepada seorang saja wanita, maka perempuan itu berdiri di belakangny­a dan bukannya di sebelahnya.

Ini berdasarka­n sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik saf orang lelaki adalah yang paling depan dan seburuk-buruk saf orang lelaki adalah yang paling akhir manakala sebaikbaik saf orang perempuan adalah yang paling belakang dan seburukbur­uk saf bagi mereka adalah yang paling hadapan. (Riwayat Muslim) Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia