Harian Metro

Cekal sungguh Anita

Pensyarah IPG Ipoh imbau kenangan tunggang motosikal rentas empat benua

- Wan Asrudi Wan Hasan wanasr@hmetro.com.my

Walaupun hampir puluhan kali dirinya terjatuh ketika menunggang motosikal dalam misi Global Dream Ride

2016 (GDR) kerana keadaan permukaan jalan tidak rata atau berpasir, ia tidak melunturka­n semangat wanita berhati besi ini.

Cabaran itu bermula pada 10 September 2015 apabila Anita Yusof, 49, menjelajah seluruh dunia dengan menunggang motosikal sejauh lebih 65,000 kilometer merentas empat benua melalui 40 negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Portugal dan Russia.

Anita hanya tiba di negara ini pada 16 September tahun lalu dan mencapai matlamatny­a menjadi wanita Islam Malaysia pertama yang menjelajah dunia dengan menunggang motosikal.

Kejayaan itu turut meletakkan Anita dalam senarai

Malaysia Book of Records sebagai wanita Malaysia pertama mengembara secara solo menunggang motosikal mengelilin­gi dunia, selain pengiktira­fan Asia Book Of Records sebagai pengembara wanita secara solo menunggang motosikal dengan jarak yang terpanjang mengelilin­gi dunia iaitu 65,369 kilometer.

Menurut ibu kepada dua anak lelaki itu, dia mula serius dalam adventure rider atau menunggang lasak sejak lima tahun lalu.

Katanya, dia ‘berguru’ dengan Hadi Hussein iaitu seorang yang pernah mencipta sejarah menunggang motosikal kapcai secara solo dari Kuala Lumpur ke London sekitar 2010.

“Saya berterima kasih kepada Hadi Hussein kerana sudah berkongsi ilmu dan pengalaman menunggang lasak. Malah pada hari ke-43 menuntut ilmu dengan Hadi saya sudah mula merentasi sempadan Malaysia, Thailand, Myanmar, Laos dan Kemboja selama 22 hari dengan menunggang motosikal Yamaha FZ150.

“Ketika itu juga sebanyak enam kali saya jatuh terbabas daripada motosikal kerana permukaan jalan yang tidak rata atau laluan berpasir. Namun saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk.

“Pada saya jatuh motosikal adalah perkara biasa dan ia langsung tidak melunturka­n semangat saya untuk mengembara menunggang motosikal,” kata Anita yang memiliki empat motosikal termasuk satu daripada jenis BMW F700GS.

Anita yang turut mendapat gelaran wanita besi berkata, sejak dulu lagi dia minat mengembara dan merantau ke tempat orang dengan cara bagpack atau kembara beg galas.

Malah dia menjadikan penjelajah berbasikal solo terkenal Zahariz Khuzaimah sebagai tempat berkongsi pengalaman dan mendapatka­n nasihat mengenai pengembara­an GDR yang ditempuhi.

“Memang saya gunakan bajet yang paling rendah dan berjimat ketika melaksanak­an misi GDR dulu memandangk­an tiada penaja dari segi kewangan.

“Namun saya puas apabila dapat melaksanak­an misi GDR walaupun terpaksa membelanja­kan sekitar RM120,000 untuk mengelilin­gi dunia yang boleh dikatakan bajet paling rendah di dunia,” kata Pensyarah Sains Sukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh itu.

Menurut Anita, meskipun mengecapi kejayaan dan mengharumk­an nama negara, dia kecewa dengan sikap segelintir netizen yang mendakwa dia menggunaka­n nama Islam.

Katanya, pengalaman yang diperoleh tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

“Sepanjang menunggang saya meletak gelaran sebagai wanita Islam pertama mengelilin­gi dunia dengan motosikal kenapa perlu ada pihak yang melontar pelbagai persepsi negatif.

“Sebelum ini ada juga dalam kalangan wanita dari negara lain yang mengelilin­gi dunia, tetapi bagi wanita Islam tidak ada lagi.

“Islam adalah antara agama yang besar di dunia malah persepsi terhadap wanita Islam dikongkong dan hanya melakukan kerja sebagai suri rumah tidak betul sama sekali. Melalui pengembara­an bermotosik­al ini juga saya dapat membuktika­n wanita Islam juga mampu menyahut cabaran,” katanya.

Dia yang kini aktif berkongsi pengalaman dan motivasi kepada pelajar institut pengajian tinggi serta agensi kerajaan bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepadanya.

 ??  ?? ANITA di bumi Mongolia dalam kembara 370 hari.
Mongolia. penduduk di Khuvsgul, mesra bersama
ANITA beramah Saya berterima kasih kepada Hadi Hussein kerana sudah berkongsi ilmu dan pengalaman menunggang lasak”
Anita PENGEMBARA­AN yang...
ANITA di bumi Mongolia dalam kembara 370 hari. Mongolia. penduduk di Khuvsgul, mesra bersama ANITA beramah Saya berterima kasih kepada Hadi Hussein kerana sudah berkongsi ilmu dan pengalaman menunggang lasak” Anita PENGEMBARA­AN yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia