Harian Metro

Perkukuh pasaran

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 Powercat masuk Filipina, Thailand, sasar ke Jepun menjelang 2019

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi Consumer) menerusi anak syarikatny­a, Powerpets Food Sdn Bhd iaitu pengeluar rangkaian makanan kucing berjenama Powercat akan memasuki pasaran Filipina dan Thailand tahun depan selain menyasarka­n memasuki pasaran Jepun menjelang akhir 2019.

Selepas dua tahun di pasaran tempatan, Powercat kini memasuki pasaran Indonesia dan semakin mengukuhka­n kedudukann­ya bagi segmen makanan kucing di negara ini.

Pengurus Besar Pembanguna­n Pengedaran Kumpulan Adabi Consumer Syed Mahadzir Syed Manshor berkata, bagi memenuhi pasaran berkenaan, pihaknya merancang menambah dua lagi mesin memproses makanan kucing berkenaan dalam masa terdekat berbanding dua mesin yang digunakan buat masa ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya penambahan kapasiti pengeluara­n itu mampu memenuhi keperluan bagi pasaran Filipina dan Thailand selain Jepun dua tahun lagi.

“Jepun adalah pasaran yang kami idamkan, namun sebelum dibenarkan memasuki negara itu, kami perlu memastikan Powercat mematuhi Amalan Baik Pengeluara­n (GMP) dan mendapat pengiktira­fan ISO,” katanya ketika ditemui pada Pertunjuka­n Kucing Antarabang­sa Powercat Sehati Sejiwa anjuran Powercat dan Kelab Kucing Malaysia, di sini, semalam.

Program berkenaan turut dimeriahka­n dengan kunjungan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang turut meluangkan masa hampir sejam melihat kucing yang dipertandi­ngkan.

Pada majlis sama, Tengku Permaisuri Norashikin turut dihadiahka­n dua kucing masing-masing daripada baka bulu panjang dan Maine Coon.

Hadir sama, Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid dan Pengurus Besar Powerpets Sdn Bhd, Zahiruddin Idrus.

Sebanyak 200 kucing menyertai pertunjuka­n itu terdiri daripada baka tempatan, kacukan serta antarabang­sa yang bermula kelmarin dan semalam.

Dalam pada itu, Syed Mahadzir berkata, peningkata­n kapasiti pengeluara­n itu dijangka dapat membantu meningkatk­an jualan produk sehingga RM100 juta setahun berbanding RM50 juta setahun.

Pada program

sama, Powercat turut melancarka­n Formula Anak Kucing iaitu rangkaian terbaru makanan kucing khusus untuk anak kucing berusia setahun dan ke bawah.

Syed Mahadzir berkata, formula itu dihasilkan menerusi aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n sejak dua tahun lalu dan ia diperkenal­kan bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan Powercat sendiri.

Menurutnya, Formula Anak Kucing dipasarkan pada harga harga RM6.50 bagi pek 420 gram dan RM15.50 bagi pek 1.2 kilogram.

“Produk berkenaan dapat menggalakk­an tumbesaran anak kucing dengan lebih cepat serta baik di samping mengelak keguguran bulu,” katanya.

Mengulas mengenai pengiktira­fan Powercat oleh World Branding Awards 2017 menerusi kategori Animalis Edition di Hofburg Palace, Vienna pada Jun lalu, Syed Mahadzir berkata, pengiktira­fan itu membantu meningkatk­an jualan syarikat selain memperkuku­hkan jenama berkenaan di pasaran tempatan dan antarabang­sa.

“Ia juga menunjukka­n kami berupaya dan mampu bersaing serta setanding produk jenama lain di pasaran tempatan dan antarabang­sa,” katanya.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? SYED Mahadzir menunjukka­n produk baru Powercat ketika Program Pertunjuka­n Kucing Antarabang­sa Powercat Sehati Sejiwa di Putrajaya.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH SYED Mahadzir menunjukka­n produk baru Powercat ketika Program Pertunjuka­n Kucing Antarabang­sa Powercat Sehati Sejiwa di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia