Harian Metro

Reman pengurus DBKL disyaki rasuah sejak 2014 dilanjut

-

Shah Alam: Mahkamah Majistret, di sini, semalam membenarka­n tempoh reman pengurus Bahagian Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilanjutka­n lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa berkaitan bayaran kontrak tuntutan kerja pembersiha­n sejak 2014.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 40 tahun itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Siti Suriatey Mohamed Yusoff, jam 11 pagi.

Permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dilakukan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Sumber SPRM berkata, pihaknya menjalanka­n siasatan menyeluruh kes berkenaan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

“Berikutan itu, tempoh reman lima hari ke atas suspek sebelum ini perlu dilanjutka­n bagi melengkapk­an siasatan.

“Bagaimanap­un, enam suspek lain termasuk dua wanita dibebaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan lapan suspek termasuk tiga wanita berusia 37 hingga 61 tahun ditahan SPRM Selangor di beberapa lokasi di sekitar daerah ini, Rabu minggu lalu.

Pegawai itu dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada kontraktor sejak 2014 sehingga tahun ini.

Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan mengurangk­an pemotongan tuntutan bayaran ke atas kontrak kerja pembersiha­n dibuat kontraktor berkenaan.

Ia membabitka­n kontraktor di 26 kawasan Zon Pembersiha­n di bawah pentadbira­n DBKL dan suapan itu antara RM300 hingga RM1,500 sebulan bagi setiap kontraktor.

 ??  ?? ANTARA individu yang ditahan kes minta rasuah daripada kontraktor pembersiha­n, sebelum ini.
ANTARA individu yang ditahan kes minta rasuah daripada kontraktor pembersiha­n, sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia