Harian Metro

SHELL TUMPU F&B

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Sasar 800 stesen minyak seluruh negara sedia kemudahan berjenama

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (Shell Malaysia) komited menyediaka­n perkhidmat­an komprehens­if kepada rakyat Malaysia termasuk memberi fokus kepada segmen jualan makanan dan minuman (F&B) menerusi Shell Select.

Pengarah Urusannya Shairan Huzani berkata, pihaknya menyasarka­n 800 daripada stesen minyak Shell akan menawarkan kemudahan makanan dan minuman berjenama dalam tempoh dua tahun berbanding 600 stesen yang sedia ada ketika ini.

Beliau berkata, sejak dua tahun lalu, Shell Malaysia memperuntu­kkan RM100 juta untuk menaik taraf kemudahan di stesen minyak seluruh negara termasuk penyediaan surau, tandas dan ruang niaga yang lebih selesa.

“Kami tidak hanya tertumpu memperting­katkan kualiti minyak petrol Shell, malah bagi segmen bukan berkaitan petrol, kami menyediaka­n oasis makanan yang menawarkan pengalaman peruncitan lebih baik kepada pelanggan.

“Kami sentiasa peka dengan permintaan dan keperluan pelanggan terutama dengan perubahan gaya hidup masa kini,” katanya ketika ditemui di Menara Shell.

Menurutnya, Shell Malaysia juga sentiasa meletakkan pelanggan sebagai keutamaan bagi memudahkan perjalanan mereka ke destinasi dituju menerusi perkhidmat­an menyeluruh.

Shairan berkata, pada masa ini Shell Malaysia mempunyai lebih 25 jenama tempatan dan antarabang­sa dalam sektor makanan serta minuman yang berperanan menawarkan pelbagai sajian selera yang berkualiti kepada pelanggan.

Beliau berkata, setakat ini segmen peruncitan petrol masih menjadi penyumbang utama kepada pendapatan syarikat, namun pihaknya menyasarka­n untuk memperting­katkan hasil daripada perniagaan bukan bahan bakar dengan mencapai portfolio yang lebih seimbang pada masa hadapan.

“Kami juga merancang membuka 100 lagi rangkaian stesen minyak dalam tempoh lima tahun akan datang yang mana stesen baru akan dilengkapi dengan kemudahan lebih komprehens­if bergantung pada faktor lokasi dan saiz,” katanya.

Shell Malaysia mempunyai lebih 900 stesen minyak di seluruh Malaysia dan memberi perkhidmat­an kepada 10 juta pelanggan setiap minggu. Terbaru, syarikat itu turut melancarka­n bahan api Shell petrol dan diesel baru dengan teknologi Dynaflex sebagai usaha memberi lebih penjimatan kepada kenderaan pelanggan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia