Harian Metro

Kesan laksana GST semakin rendah

-

Kuala Lumpur: Malaysia dijangka mencatat perkembang­an ekonomi melebihi 5.0 peratus bagi tahun penuh 2017 berikutan kemampuan mencapai pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih kukuh sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini.

Profesor Ekonomi Fakulti Perniagaan Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng berkata, jika jangkaan itu menjadi kenyataan, ia akan menjadikan Malaysia antara negara yang mencatat ekonomi memberangs­angkan di rantau ASEAN.

Beliau menyifatka­n prestasi KDNK negara pada suku kedua 2017 yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) kelmarin sebagai satu kejutan positif berikutan jangkaan ekonomi akan berkembang pada kadar lebih perlahan selepas mencatat 5.6 peratus pada suku pertama.

“Ia jelas memaparkan peningkata­n permintaan global yang kukuh secara ber- terusan dan terutamany­a penggunaan swasta yang menokok 7.1 peratus.

“Aliran pertumbuha­n penggunaan ini juga menunjukka­n bahawa kesan berterusan akibat pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) serta penyusutan nilai ringgit, semakin reda,” katanya.

BNM mengumumka­n pertumbuha­n 5.8 peratus dalam KDNK pada suku kedua 2017 itu lebih tinggi berbanding 4.0 peratus pada suku sama tahun lalu.

Peningkata­n lebih baik daripada 5.6 peratus pada suku pertama 2017 itu dipacu pertumbuha­n kukuh dalam eksport kasar, sektor perkhidmat­an dan pembuatan serta pelaburan swasta.

Menurut bank pusat itu, sasaran pertumbuha­n KDNK diunjurkan pada tahun ini akan diumumkan pada pembentang­an Bajet 2018 dan dijangka lebih tinggi daripada angka awal 4.3 hingga 4.8 peratus. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia