Harian Metro

Akademi automotif VPCM

Pusat pertama bermatlama­t lahir lebih ramai juruteknik berkemahir­an

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Volkswagen Passenger Cars Malaysia Sdn Bhd (VPCM) melancarka­n Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di Malaysia dalam melahirkan lebih ramai juruteknik dan menyediaka­n perkhidmat­an selepas jualan terbaik kepada pelanggan.

Pengarah Urusannya, Erik Winter berkata, akademi itu terletak di hab automotif Glenmarie seluas 4,200 meter persegi dan dilengkapi dengan peralatan latihan teknikal serta pemasaran lengkap untuk memenuhi keperluan pasaran kenderaan tempatan.

“Akademi ini bukti komitmen VPCM meningkatk­an pengetahua­n kepada juruteknik dan pengedar yang bertaraf global serta mampu bersaing dengan cabaran baru dalam industri automotif,” katanya pada majlis perasmian di sini, kelmarin.

Antara modul disediakan termasuk kemahiran jualan, amali, simulasi teknikal dan fungsi diagnostik oleh 13 kakitangan terlatih dan lokasi itu juga mampu menampung 150 pelatih dalam satu-satu masa.

Untuk latihan selepas jualan pula, terdapat empat ruang penyelengg­aran dan dua pusat servis teknikal (TSC) dengan kemudahan serta peralatan lain seperti mesin penjajaran roda, pengubahsu­aian lampu utama, pengangkat dan latihan sistem papan elektronik daripada Volkswagen AG untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia.

Katanya, terdapat satu bilik khas untuk sistem pengurusan alat ganti dan pelatih turut dilatih secara praktikal serta simulasi bagi mengurus, menyimpan dan meletakkan kategori alat ganti serta peralatan.

Antara kemudahan lain termasuk dewan serba guna dan enam bilik belajar yang diberi nama mengikut nama model Volkswagen yang terdapat dalam pasaran tempatan.

“Semoga dengan nilai tambah yang diberi untuk pemilik Volkswagen akan memacu jualan model ini yang mana sehingga Julai 2017 kami berjaya menjual sebanyak 3,164 unit dengan model Polo dan Vento paling laris,” katanya.

 ??  ?? WINTER bersama Pengarah Bukan Jualan VPCM Deenan Nadar ketika pelancaran Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di Malaysia.
WINTER bersama Pengarah Bukan Jualan VPCM Deenan Nadar ketika pelancaran Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia