Harian Metro

Buka cawangan baru di Klang

-

Kuala Lumpur: Columbia Asia Sdn Bhd, syarikat penjagaan kesihatan swasta, terus berkembang maju di Malaysia dengan pembukaan hospital barunya di Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Columbia Asia dan Asia Tenggara, Kelvin Tan berkata, cawangan itu menjadikan Columbia Asia Hospital Klang hospital ke-29 milik Columbia Asia di rantau ini dan yang ke-12 di Malaysia.

“Klang kini semakin berkembang dengan pelaksanaa­n pelbagai projek pembanguna­n. Oleh itu, bandar Klang memerlukan pusat kesihatan yang boleh diakses dengan mudah dan cekap dengan mengutamak­an kepakaran, kualiti serta fasiliti penjagaan kesihatan,” katanya.

Sebagai hospital yang pakar dalam pelbagai disiplin perubatan, Columbia Asia Hospital Klang menawarkan rangkaian perkhidmat­an perubatan yang komprehens­if termasuk kardiologi, ortopedik, perubatan dalaman, obstetrik dan ginekologi (O&G), pediatrik, pembedahan umum, telinga, hidung dan tekak, oftalmolog­i, anestesiol­ogi dan radiologi.

Columbia Asia Hospital Klang mempunyai lebih 100 jururawat dan kakitangan kesihatan serta pakar perubatan bertauliah.

Hospital serba moden terbabit dilengkapi dengan ja- batan fisioterap­i, tiga dewan pembedahan, makmal katerer jantung, bilik bersalin yang lengkap, pusat pembedahan ambulatori untuk pesakit luar, pusat jagaan rapi (ICU) dan perkhidmat­an kecemasan 24 jam.

Pengurus Besar Columbia Asia Hospital Klang, Wong Wai Mun berkata, pihaknya juga mewujudkan Pusat Pemeriksaa­n Kesihatan bagi menggalakk­an pesakit membuat pemeriksaa­n kesihatan, mengenal pasti risiko dan mengesan tanda awal penyakit.

“Tambahan pula, pusat berkenaan turut memberikan nasihat mengenai pengubahsu­aian gaya hidup lebih sihat serta menggarisk­an pelan rawatan sesuai bagi meningkatk­an kadar penyembuha­n dan mengelakka­n berlakunya komplikasi,” katanya.

 ??  ?? HOSPITAL ke-12 Columbia Asia dibuka di Malaysia.
HOSPITAL ke-12 Columbia Asia dibuka di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia